[VIDEO] Netizen Malaysia ‘perhati je' Minah Saleh panggil manggis Candy Garlic, potong guna pisau

A
A
A

BUAH manggis ialah sejenis buah yang banyak ditanam di kawasan tropika termasuk Malaysia dan kawasan sekitar Asia Tenggara.

Ia ditanam secara komersial di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kini manggis juga ditanam di Hawaii dan Amerika Syarikat.

Kehadiran manggis tentunya tidak asing buat kita. Manggis atau nama saintifiknya Garcinia mangostana banyak ditanam di kebun dan sekitar kediaman di kawasan desa di negara kita.

Apabila tiba musimnya, ratu buah itu yang asalnya berkulit hijau muda semasa putik akan bertukar kemerah-merahan atau ungu gelap apabila masak ranum.

Video yang memaparkan seorang wanita di Missouri, Amerika Syarikat menikmati manggis mendapat perhatian netizen Malaysia dan negara Asia lain di media sosial TikTok.

Pengguna TikTok @missbedhead baru sahaja mencuba manggis pertama kali. Katanya, manggis adalah buah yang paling enak.

Dia yang tidak tahu nama sebenar manggis menamakan buah itu ‘Sweet Garlic Fruit’ pada ruangan kapsyen mungkin kerana bentuk ulas manggis seakan-akan bawang putih.

“Candy garlic…. Isinya lembut dan menyegarkan. Tetapi kelihatan seperti bawang putih.

“Buah ini mempunyai gabungan rasa laici, mangga dan limau tangerine dalam masa yang sama. Sangat berjus,” tuturnya sambil memakan manggis.

Dia yang mengatakan manggis kini menjadi kegemarannya turut mencadangkan buah berkenaan kepada warga maya.

Video berdurasi 58 saat itu meraih 657,000 tontonan dan mendapat 48,000 tanda suka.

@missbedheadSweet Garlic Fruit?! ##fruit##tastetest

♬ original sound - Michelle Brown

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya dari Malaysia memberitahu nama buah tersebut ialah mangosteen dan manggis, bukannya 'Sweet Garlic' atau ada kaitan dengan bawang putih.

Baca juga [VIDEO] Aksi Berani Pramugari Berdiri Di Puncak Burj Khalifa 2,722 Kaki Raih Perhatian Warga Maya

Ada juga yang memberikan komen tidak tahan melihat wanita berkenaan memotong manggis menggunakan pisau dan memberitahu ia hanya boleh dikopek menggunakan kedua belah tangan. Malah ada uyang berasa bangga apabila buah tersebut kini sudah disukai di luar negara.

Manggis ialah buah-buahan tempatan Malaysia yang popular. Buah berkulit tebal ini kaya dengan vitamin C, zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 dan B2.

Buah ini jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia.

Sumber: TikTok @missbedhead

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang