BERPELUANG menikmati pemandangan indah di tepi gunung memang satu pengalaman cukup menarik.

Namun, kita di Malaysia, nampaknya peluang itu masih jauh lagi lah. Virus Covid-19 difahamkan hanya akan reda mungkin pada penghujung tahun ini, namun itupun hanya satu ramalan sahaja. Apa-apa pun boleh terjadi.

Namun, di beberapa buah negara di dunia, perlaksanaan lockdown sudah dibubarkan, maka, ramailah yang mengambil kesempatan untuk terus bercuti.

tragedi sulax canyon

Antara banyak lokasi, ramai pelancong bertumpu ke Sulax Canyon yang terletak di Dagestan, Rusia.

Ia memang satu lokasi yang popular dengan satu buaian gergasi yang boleh dinaiki oleh sesiapa sahaja.

Mana-mana pengunjung yang berpeluang menjejakkan kaki di sana, pasti akan sanggup beratur panjang menunggu giliran untuk bermain dengan buaian tersebut.

Pun begitu, nasib tidak selalunya baik apabila rantai buaian tersebut dilaporkan tercabut dan membuatkan pelancong terjatuh sedalam 6,300 kaki.

tragedi sulax canyon

Memetik berita yang disiarkan melalui ndtv.com, tragedi mengerikan itu sempat dirakam pengunjung yang rata-ratanya ‘leka’ melihat keindahan alam melalui buaian tersebut ketika itu.

Video pendek berdurasi 46 saat itu tular di media sosial selepas keterujaan pengunjung berubah menjadi insiden ngeri yang hampir meragut nyawa.

Jika diteliti daripada rakaman tersebut, buaian yang muat untuk dinaiki dua wanita dan ditolak pemandu pelancong yang mahu pelancong tersebut melihat ngarai (lurah yang bercerun tinggi dan curam) dengan lebih dekat.

Semakin lama buaian tersebut ditolak, semakin jauh wanita itu terbuai ke awangan. Tolakan yang kelima dikatakan lebih menakutkan.

Jeritan gembira pada awalnya berubah menjadi cemas selepas kedua-dua wanita itu terjatuh.

Iklan

tragedi sulax canyon

Menurut laporan, mangsa-mangsa tersebut terselamat kerana betul-betul terjatuh di atas platform kayu yang dipasang di lereng gaung berkenaan.

Nasib baiklah hanya kecederaan kecil. Pun begitu, kawasan pelancongan itu ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada siasatan lanjut.

Kejadian itu memang memberi pengajaran kepada pusat pelancongan berkenaan dan difahamkan ramai pengunjung semakin cuak untuk ke sana.

Iklan

Baca juga Phuket akan dibuka semula bermula Julai kepada pelancong yang sudah divaksin

Baca juga Wow Thailand dah sedia buka pintu sempadan, pulihkan sektor pelancongan

Ya, apabila melihat ramai penduduk dunia sudah mula bergerak bebas dan bercuti tanpa pelitup muka, pasti ramai antara kita di Malaysia ini yang tidak sabar untuk keluar rumah dengan bebaskan?

Jangan terburu-buru ya! Kes jangkitan dalam negara semakin membimbangkan dan marilah kita bersama bersatu hati memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Moga satu hari nanti, kita akan bebas untuk hidup normal seperti biasa dan imun badan terus kuat melawan wabak korona. Insya-ALLAH. #kitajagakita #kitalaluibersama #perkasakansuaraMalaysia