SETIAP pasangan suami isteri inginkan anak sebagai penyeri rumah tangga mereka.

Seperti pasangan di Indonesia ini yang dikurniakan buah hati pertama setelah 21 tahun menunggu.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Instagram @drbennyarifin yang dikenali sebagai Dr Benediktus, pasangan itu menerima cahaya mata perempuan sekali gus menamatkan penantian selama 21 tahun.

Beliau yang juga seorang Doktor Pakar Kesuburan Persenyawaan in vitro (IVF) berkata, pasangan dari Madura, Indonesia iaitu Su’udiyah, 44, dan Somidi,51, mendapat bayi sulung menerusi kaedah IVF pada 1 Disember lalu.

“21 YEARS OF WAITING!! Welcome Disember! Disember 2020 menjadi sangat bermakna. One of my remarkable moments. Tuhan sangat baik, begitu baik! Saya semakin menyedari kenapa saya diizinkan menjadi Spesialis Kebidanan dan Kandungan.

“Untuk menyaksikan kemuliaanNya, bayi Aisyah yang cantik untuk ibu Su’udiyah dan bapak Somidi.

“Su’udiyah berhasil hamil dengan program bayi tabung. Ini adalah kehamilannya pertama. Saya berkongsi cerita ini agar kita #neverlosehope, never!

“Mereka menunggu selama 21 tahun. Bayangkan 21 tahun! Tuhan akhirnya memberi anugerah setelah ketaatan, ketekunan, dan keimanan mereka yang luar biasa.

“Tidak banyak pasangan boleh bersama selama 21 tahun saling menyokong dan menguatkan agar tidak patah harapan memiliki buah hati,” tulisnya.

Kata Dr Benediktus beliau menjadi saksi pelbagai cabaran yang ditempuhi pasangan tersebut.

“Saya menjadi saksi perjuangan mereka yang sangat tidak mudah. Mereka tinggal 15 km di luar Kota Sumenep, Dusun Pakondang Daya di Madura.

“Enam jam perjalanan dari Surabaya. Demi menemui saya untuk konsultan di pagi hari, mereka perlu menaiki bas seawal jam 2 pagi.

“Bayangkan panjang ritual bayi tabung dan dituntut untuk tepat waktu dalam suntik dan lain-lain. Setiap hari mereka menjual kerepek singkong di Komplek Asta Tinggi,” katanya.

Baca juga 8 bulan bercinta, ahli bina badan nekad kahwini patung silikon

Menurut Dr Benediktus, rakannya, Dr Rahmi SpOG yang bertugas di Sumanep, pasangan itu datang sendiri ke @morulaivfsurabaya untuk membuat IVF.

Iklan

“Proses #bayitabung mereka sama sahaja dengan pesakit lain. Setelah mendapat embryo pun, mereka harus menunggu hampir setahun sebelum berjaya dipindahkan ke dalam rahim.

“Setahun ini mereka dengan sabar berulang-alik ke Morula. Sabar menanti rahim yang belum sedia. Dalam setiap pertemuan mereka mengikuti protokol dengan tekun didampingi jururawat.

“Ketika berjaya hamil, saya masih ingat momen penuh hari tersebut, tidak ada perkataan, tapi penuh dengan titisan air mata bahagia.

“Pertemuan dengan mereka, saya yakin bukan suatu kebetulan semata. Melainkan suatu rencana Yang Maha Kuasa yang saya yakin akan indah pada waktunya bagi kita semua,” ujarnya.

Ini adalah bukti bahawa kita tidak boleh berputus asa daripada rahmat Allah.

Kita sebagai manusia perlulah ikhtiar dan berdoa, seterusnya serahkan kepada Ilahi.

Iklan