MENJADI ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak ilmu yang perlu dipelajari lebih-lebih lagi kepada pasangan yang baru berumah tangga.

Pun begitu, kadang-kadang pengalaman juga boleh mengajar kita untuk menjadi ibu bapa yang lebih berhati-hati dalam mengendalikan anak-anak terutamanya masih bayi.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Namun, lain yang terjadi kepada seorang wanita ini yang sedih dan kecewa apabila bayi berusia tiga hari mengalami bengkak dada angkara dijaga mentua.

Difahamkan, dia terkejut apabila anaknya kelihatan lain daripada biasa.

Menerusi perkongsian video di TikTok @YustiRidayanti, dia mengatakan anaknya yang berusia tiga hari itu bengkak dada akibat diberi makan biskut.

Lagi mengejutkan , bayi tersebut disuap kudapan biskut sebanyak tiga kali sehari oleh ibu mentuanya sendiri. Aduhai!

“Wajahnya banyak bintik-bintik merah. Saya hanya sapu guna tepung kanji.

“Setelah itu dadanya bengkak gara-gara baru tiga hari sudah disuap biskut sebanyak tiga kali sehari,” ujarnya.

Sementara itu dalam satu perkongsian yang lain, dia menyatakan bayinya kini makin sembuh.

Baca juga Kanak-kanak alami sindrom ‘rare’ rambut tidak boleh disikat, hanya dihidapi 100 orang di dunia

bayi makan biskut

Iklan

Jelas wanita itu, dia tahu mengenai perkara itu namun tidak dapat menghalang perbuatan ibu mentuanya itu kerana sudah banyak kali bertindak begitu tetapi gagal.

“Alhamdulillah, sekarang bayi saya dah bertambah sihat. Bukan saya tak tahu. Saya dah cuba halang mentua tetapi saya pula dimarahi,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video tersebut ternyata mendapat perhatian warga maya yang terkejut serta geram dengan tindakan mentuanya.

Iklan

Ujar mereka;

“Mana boleh macam tu, ibu mentua itu hanya ikut seperti zaman dahulu.”

“Terus bawa berjumpa doktor ya, risau pula melihatnya.”

Baca juga Mengandung lagi selepas lima hari hamil, wanita lahirkan dua bayi bukan kembar serentak

“Mujur mak mertua aku atau mak aku tak macam ni. Takde suap bukan-bukan masa bawah 6 bulan.”

“Usus bayi masih sehalus benang. Bayangkan kulit dia senipis itu apalagi ususnya.”

“Tak perlu marahkan ibunya, semua ibu dalam dunia ini mahukan yang terbaik buat anaknya.”

Buat ibu bapa muda, bayi hanya boleh makan apabila sudah berusia enam bulan ke atas sahaja. Susu ibu sudah mencukupi untuk bayi berusia di bawah enam bulan.

@yustiiimdvHati sya hancurr liat anakk dada nya bengkak krna bru 3 hri udh d suapin saya gk tau klau bayi 3hri blm blh d ksh mkn maafin bunda nak 😭😭♬ suara asli – Fefy🌼

Sumber: TikTok Yustii Ridayantii