[VIDEO]Lelaki menangis teresak-esak Kurama mati, 6 meme tular bikin pecah perut

A
A
A

MENONTON drama atau filem kadang-kadang dapat mempengaruhi emosi buat peminatnya.

Apatah lagi jika babak perpisahan atau kematian yang boleh membuatkan penontonnya turut mengalirkan air mata.

Seperti sebuah video tular baru-baru ini apabila seorang lelaki di Indonesia dilihat menangis teresak-esak dek kerana satu watak dalam kartun animasi kegemaran mati.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @yoppitanjuang memaparkan dirinya menangis itu diambil dan dimuat naik secara diam oleh isterinya.

Dalam video tersebut, dapat dilihat lelaki itu sedang menompang dagu dengan wajah yang sugul di hadapan komputer riba. Sesekali lelaki berkenaan nampak mengesat air mata dan tidak lama kemudian menangis teresak-esak.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

[VIDEO]Lelaki menangis teresak-esak Kurama mati, 6 meme tular bikin pecah perut

Ujar isterinya, selama berkahwin, dia tidak pernah melihat suami menangis sebegitu. Si isteri kemudian mendekati suaminya lalu bertanya kenapa lelaki itu menangis.

Walaupun pada awalnya suaminya menolak, akhirnya terjawab juga persoalan isteri apabila dia menjawab "Naruto. Kurama mati".

Video berkenaan mencuri perhatian warga maya dan sehingga kini ditonton melebihi 5.3 juta views.

Kurama adalah watak serigala berekor sembilan dalam siri animasi Jepun Naruto. Kurama bukan sahaja seekor serigala, tapi merupakan kawan baik kepada watak utama Naruto Uzumaki.

Tidak dinafikan, episod kematian Kurama mengundang sebak ramai, lebih-lebih lagi peminat Naruto yang telah sekian lama mengikuti sirinya.

Sementara itu, kisah 'duka' kematian Kurama terbabit turut mencetuskan enam meme yang sangat melucukan seperti;

 

Baca juga  Selamba 'meeting online' berkain batik, aksi Mat Salih raih perhatian warganet

@yoppitanjuangKurama jago bgt bohong nya ??? Kurama selalu ada dihati ?❤️ ##fyp##fyp##naruto##kurama##sayonarakurama##anime##boruto216##baryonmode♬ Orange 7 - Anime Quotes

Sumber: TikTok @yoppitanjuang, Liputan6

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang