[VIDEO]Sukarnya pengebumian ketika kubur banjir...

[VIDEO]Sukarnya pengebumian ketika kubur banjir...
[VIDEO]Sukarnya pengebumian ketika kubur banjir...
A
A
A

WALAUPUN keadaaan banjir setinggi lutut orang dewasa, proses pengebumian seorang penduduk Kampung Dampaan, Gresik, Jawa Timur terpaksa juga dilakukan.

Kejadian yang berlaku pada Selasa lalu itu turut tular di media sosial.

Tribunnews melaporkan banjir di kawasan berkenaan disebabkan oleh limpahan air dari Tasik Lamong yang menenggelamkan banyak kawasan di sekitarnya.

Jenazah lelaki yang berusia 81 tahun bernama Tasmin itu terpaksa dikebumikan di tengah banjir itu kerana tiada ada lagi tanah di kampung setempat untuk dikebumikan.

Penggali kubur dan penduduk berusaha membuat penghadang kayu untuk menghalang air masuk ke liang supaya jenazah dapat juga dikebumikan.

"Penduduk yang menggali kubur membuat lubang dan memasang kayu di sekelilingnya sehingga air tidak memasuki lubang yang digali.

"Keadaan kawasan kubur dipenuhi dengan air jadi kami tidak ada cara lain lagi untuk menguburkan jenazah datuk. Keadaan ini juga menyukarkan proses pengkebumian," kata lelaki yang dikenali Yono.

Baca juga Anggota polis hilang ketika Tsunami Aceh 17 tahun lalu, ditemui di Hospital Mental

Difahamkan, Tasmin meninggal dunia pada hari Isnin dan dikebumikan pada hari Selasa pagi.

Ketua Badan Pengurusan Bencana Daerah Gresik, Tarso Sagito berkata, banjir melanda kawasan Cerme manakala di daerah Balongpanggang beransur pulih.

Empat kawasan lain iaitu Benjeng, Cerme, Kedamean dan Menganti masih ditenggelami air.

Terdapat 11 kampung di Cerme yang turut terlibat seperti Desa Dadapkuning, Ngembung, Sukoanyar, Dungus, Betiting, Gurangyar, Morowudi.

Katanya, jalan raya di Morowudi masih ditenggelami air sedalam 0.8 meter (m), sejauh 800 m. Banjir itu juga menjejaskan 750 buah rumah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang