SEBUT sahaja TikTok, pasti korang terbayang video lucu dan kreatif yang dihasilkan.

Tidak kurang juga ada menghasilkan video bagi menyahut beberapa cabaran (challenge) yang dibuat mengikut ‘musim’.

Ramai juga yang beranggapan bahawa aplikasi tersebut hanyalah sebagai tempat berhibur.

Namun sebenarnya terdapat manfaat lain yang boleh didapati melalui aplikasi berkenaan termasuklah pendidikan, perniagaan, travel, tip kehidupan, gaya hidup, nasihat kewangan dan banyak lagi.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini dipercayai di Indonesia memaparkan seorang wanita sedang menikmati mi panas sehingga keluar asap.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Video yang dikongsi oleh @Sikhansuy yang dimuat naik pada Sabtu lalu sehingga kini telah meraih lebih 12.5 juta tontonan.

Menerusi video tersebut, perakamnya menceritakan detik dia dan rakannya memesan semangkuk mi segera di warung tepi jalan.

Ketika kamera beralih dari pemilik gerai kepada rakannya yang sedang menyuap mi segera, perakam video terus menjerit “panas!”

Iklan

Kelihatan rakannya hampir saja menyuapkan mi tersebut. Namun apa yang peliknya apabila dia kemudian menghembus asap yang banyak dan mengakui bahawa mi itu sememangnya panas.

Teringin nak makan mi goreng mamak? Boleh buat di rumah!

Apa yang menarik perhatian ramai apabila rakannya yang tidak sempat menjamah mi tersebut bagaimanapun menghembuskan asap yang banyak dari mulut sambil mengakui mi berkenaan sememangnya panas sebelum rakaman itu berakhir.

Iklan

Meskipun tidak dapat dipastikan keaslian video tersebut, rata-rata warga maya dilihat memberi pelbagai reaksi.

Ujar mereka;

“Separuh nafasnya keluar.”

“Ini baru real keluar asap dari mulut.”

“Haha, panasnya sampai roh terkeluar sama.”

Baca juga Tangkap gambar hantu tepi tingkap

“Keluar semua masalah hidupnya. Macam naga keluarkan asap.”

“Eh bagaimana keluar asap yang banyak tu? Asapnya lebih pada rokok.”

@sikhansuyNgeleh je😊♬ suara asli – Suy