Wanita dibuang kerja terima pampasan RM39,000 gara-gara hamil lagi ketika cuti bersalin
WANITA hamil yang bekerja akan diberikan cuti bersalin selepas melahirkan cahaya mata. Sudah menjadi kebiasaan bagi majikan memperuntukkan cuti bersalin buat kakitangan wanita dengan bergaji penuh.
Namun malang nasib bagi wanita di Utara Lanarkshire, United Kingdom yang dibuang kerja selepas cuti bersalin gara-gara hamil dalam tempoh cuti berkenaan.
Wanita berkenaan, Siobhan Black sedang dalam cuti bersalin berikutan kelahiran bayi pertamanya apabila dia memberitahu majikannya, Evelyn Drain bahawa dia mengandung lagi.
Majikannya itu bersetuju Black akan kembali bekerja di sebuah salun rambut di North Lanarkshire pada April 2021.
Bagaimanapun pada hari pertama selepas kembali kerja, perkhidmatan wanita tersebut telah diberhentikan. Ia adalah empat hari selepas wanita itu memberitahu status kehamilannya.
Baca juga: Boleh cuti bersalin setahun, 5 bulan bergaji penuh, perkongsian Dr Amalina buat warganet cemburu
Drain mendakwa beliau membuat keputusan memberhentikan wanita itu dibuat atas sebab-sebab berkaitan perniagaan.
Bagaimanapun pihak tribunal pekerja mendapati Black telah didiskriminasi kerana mengandung dan memberikan pampasan kepadanya.
Tribunal berkenaan berkata Black tertekan dan kecewa dengan pemecatannya secara tiba-tiba panik dan bimbang akan nasib anak-anaknya.
Beliau tidak dapat bekerja sejak diberhentikan dan percaya tekanan kehilangan pekerjaan mencetuskan epilepsi yang dialaminya.
Difahamkan, Black hamil anak pertamanya pada tahun 2020 dan ketika itu majikannya telah mengurangkan tempoh jam bekerja kerana perniagaan kurang memberangsangkan susulan Covid-19.
Para pekerja ketika itu telah bersetuju untuk bekerja secara fleksibel bergantung kepada kerja yang ada.
Baca juga: Muat naik video wanita, isteri bersalin di media sosial, ini penjelasan mufti
Black telah bercuti bersalin dari Julai 2020 hingga April 2021 namun dalam tempoh itu beliau telah hamil anak kedua.
Sementara itu, majikannya memberikan alasan bahawa pemecatan ibu tunggal itu disebabkan perniagaannya kurang mendapat keuntungan.
“Beliau tidak dapat membuktikan dan meyakinkan pihak mahkamah berdasarkan inferens yang diberikan berhubung pemecatan kakitangannya yang sedang mengandung.
“Dalam kes ini, tuntutan yang dilakukan oleh wanita itu adalah logik,” kata Hakim Pekerjaan, James Hendry.
Pendandan rambut itu telah memenangi tuntutannya dan akan menerima wang pampasan sebanyak £7,500 (RM39,131.37) selepas diarahkan Hakim.
Baca juga: Cuti bersalin 98 hari, paterniti 7 hari, waktu kerja 45 jam seminggu ditangguh, 9 info berkaitan
ANEKDOT
Berikut 10 buah negara yang menawarkan cuti bersalin terpanjang menurut World Population Review:
Bulgaria - 58.6 minggu
Greece - 43 minggu
United Kingdom - 39 minggu
Slovakia - 34 minggu
Croatia - 30 minggu
Chile - 30 minggu
Republik Czech - 28 minggu
Ireland - 26 minggu
Hungary - 24 minggu
New Zealand - 22 minggu
Baca juga: Suami tampal nota maaf memandu perlahan bawa isteri baru bersalin czer buat ramai terharu
Sumber: Mirror UK, World Population Review
Kredit foto utama: Pixabay
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang