Wanita kantoi buang mayat bayi, rakaman CCTV tular buat ramai netizen geram

A
A
A

KES buang bayi sentiasa menjadi perhatian umum kerana membabitkan nyawa si kecil yang tidak berdosa.

Bayangkan anak syurga yang tidak berdosa itu dibuang tanpa belas kasihan. Memang menyedihkan dan membuatkan ramai netizen geram.

Barangkali gara-gara panik dan mahu menyembunyikan kelahiran tersebut daripada orang ramai, si pelaku sanggup melakukan sesuatu di luar kewarasan.

kes buang bayi

Akibatnya, si bayi tidak berdosa menjadi mangsa.

Jika bernasib baik dan disedari orang lebih awal selepas dibuang di tempat awam, mungkin nyawanya boleh diselamatkan. Namun, jika tidak, memang kasihan.

Lebih meruntun hati, mayat si kecil banyak dibuang di kawasan jijik seperti sampah-sarap atau di tepi jalan.

Kejadian seumpama itu terjadi di mana-mana tempat pun termasuk di Malaysia dan di negara jiran, Indonesia

Baru-baru ini di Jawa Barat, Indonesia kecoh apabila media melaporkan penemuan mayat bayi yang dibungkus dalam plastik sebelum dipercayai telah dibuang di tepi jalan tanpa rasa bersalah oleh pelaku.

kes buang bayi

Lapor tribunnews.com, suspek yang merupakan seorang wanita berusia 30 tahun sanggup membuang bayinya yang disangkakan bangkai ayam oleh ramai di tepi semak berhampiran sebuah sekolah.

Hasil soal siasat ke atas wanita yang berasal dari Garut, Jawa Barat, dia dikatakan menaiki sebuah kereta sewa kononnya mahu ke Tangerang, Jawa Barat untuk mengambil adiknya.

Pemandu kereta sewa itu yang sudah menyedari bau busuk, bagaimanapun tidak berani untuk bertanyakan kepada suspek mahupun dengan dua penumpang lain (menuju destinasi berbeza)

dalam kenderaan itu.

Baca juga Sedihnya, bayi sudah dua hari meninggal baru dapat dikebumi sebab tak ada duit

Dipendekkan cerita, ketika pemandu memberhentikan kereta ketika tiba di Bintara, wanita tersebut tiba-tiba keluar dan membawa bungkusan plastik.

Mungkin tidak mahu menimbulkan syak wasangka, suspek terus membuang plastik yang dibawanya sepanjang perjalanan ke tepi jalan sebelum segera menaiki semula kereta sewa berkenaan.

Hairan dengan perlakuan suspek, pemandu terbabit sempat bertanyakan apa bungkusan yang dibawa tersebut.

kes buang bayi

Dia dengan tenang memberitahu, plastik yang dibawanya itu adalag bangkai ayam yang sudah berbau, sebelum meminta pemandu tersebut menghantarnya pulang ke Garut semula.

Tanpa berfikir panjang, pemandu tersebut meneruskan perjalanan kerana masih ada penumpang lain di dalam kenderaannya.

Pun begitu, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Wanita tersebut kemudian dilaporkan sudah ditahan pihak polis untuk membantu siasatan.

Mana tidaknya, bau busuk bungkusan plastik yang ditinggalkan itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk setempat yang melalui kawasan tersebut, sebelum ada yang berani membukanya untuk melihat isi dalam.

Alangkah terkejutnya mereka apabila menemui bayi malang tersebut yang sudah tidak bernyawa.

kes buang bayi

Hasil rakaman televisyen litar tertutup berjaya merakam gerak geri wanita tersebut yang membuang mayat bayi sebelum ditahan polis.

Menurut laporan pihak berkuasa, wanita itu dalam keadaan depresi ketika sesi soal jawab.

Dia mendakwa bayinya sudah meninggal dunia lebih tiga hari.

Padanlah mayat bayi tersebut sudah berbau busuk.

Siasatan lanjut mendapati, suspek juga telah ditinggalkan kekasih dan mengandung anak luar nikah sehingga terpaksa mengambil keputusan membuang bayinya sendiri.

Baca juga Terpaksa guna jentera pengorek gali kubur, Indonesia catat lebih 9,000 kematian sehari

Aduhai, ketika negara itu sedang bergolak dengan pandemik Covid-19 yang semakin mengganas, timbul pula kes buang bayi.

Mana tidaknya, negara republik itu mencatatkan lebih 1,000 kes kematian paling tinggi dalam tempoh 24 jam.

Kadar kematian yang tinggi juga menyebabkan beberapa tanah perkuburan terpaksa ditutup kerana sudah melebihi kapasiti yang ditetapkan.

Moga negara yang kita cintai ini mampu bertahan dan kes jangkitan dapat dibendung sebaiknya. #kitajagakita #kitalaluibersama #perkasakansuaraMalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang