Wanita malang diceraikan selepas video suami cuci pinggan tular
APLIKASI TikTok dilihat makin popular dalam kalangan masyarakat sekarang.
TikTok menjadi antara pilihan ramai kerana pengguna mudah untuk menghasilkan video kreatif yang menarik untuk dikongsikan kepada umum.
Jangan lupa follow kami di Instagram.
Pelbagai manfaat yang boleh didapati melalui aplikasi tersebut dari segi pendidikan, bisnes, travel, tip kehidupan, nasihat kewangan dan banyak lagi.
Namun, tidak kurang juga penghasilan video yang 'terlampau' mungkin memberi kesan buruk kepada pemiliknya.
Seperti yang terjadi di Damascus, Syria apabila seorang wanita malang diceraikan serta-merta setelah muat naik video suaminya di laman sosial.
Nampak macam remeh kan? Tapi kesannya boleh mencetuskan penceraian!
Menurut laporan Gulf News, lelaki itu menceraikan isterinya setelah video rakaman dia membuat kerja rumah tular di TikTok.
Rakaman video tersebut menggunakan lagu latar yang seolah-olah menggambarkan lelaki berkenaan berada di bawah kawalan isteri.
Dia dilihat mengambil kesempatan ketika suaminya sibuk membersihkan rumah dan merakamnya semasa lelaki tersebut berdiri di dapur sambil mencuci pinggan.
Wanita itu menyelitkan lagu berbentuk provokasi pada video berkenaan yang menyebabkan si suami hilang sabar lalu menceraikan isterinya.
Baca juga Hanya imbas tangan untuk bayar keperluan shopping, pemuda ini sanggup tanam cip di dalam badan
Siapa sangka, lagu bertajuk ‘Mesaytara’ yang diterjemahkan menjadi ‘saya dominan’ atau ‘saya akan mengawal awak’ oleh penyanyi Syria, Lamis Kan menjadi punca utama di sebalik perceraian pasangan itu.
Difahamkan, ia bukan kali pertama lagu itu membawa kepada perceraian. Terdapat dua lagi kes perceraian dilaporkan di Iraq dan Jordan yang berpunca lagu tersebut.
Justeru, berhati-hati dalam membuat sebarang video untuk tontonan umum.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang