PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa tahun kedua wabak Covid-19 mungkin lebih sukar dari tahun lalu.

Ini disebabkan penyebaran virus Covid-19 yang semakin meningkat dan ditambah pula varian baru iaitu B.1.1.7 yang telah dikesan tersebar di seluruh dunia.

Menurut Reuters, Pegawai Darurat WHO, Mike Ryan berkata tahun ke dua ini menjadi lebih sukar kerana memandangkan dinamika transmisi dan beberapa masalah yang timbul.

Jumlah kematian di seluruh dunia juga telah menghampiri 2 juta sejak wabak itu bermula dengan 91.5 juta orang dijangkiti.

WHO mengatakan 5 juta kes baharu dilaporkan minggu lalu, kemungkinan akibat kegagalan dalam menjaga kebesihan diri sendiri semasa musim cuti di mana orang dan virus berkumpul.

“Tentunya di hemisfera utara terutama di Eropah dan Amerika Utara, kita telah melihat ribut yang begitu sempurna pada musim sejuk, gabungan faktor- faktor yang mendorong peningkatan penularan di banyak negara,” kata Ryan.

Baca juga Covid-19: Kuarantin sambil main golf, idea kreatif Thailand tarik pelancong

Iklan

Sementara itu, Peneraju Teknikal WHO, Maria Van Kerkhove pula berkata selepas percutian, beberapa negara akan berkeadaan bertambah buruk sebelum menjadi lebih baik.

“Di tengah-tengah ketakutan yang semakin meningkat mengenai varian Covid-19 yang pertama kali dikesan di Britain itu kini telah menular di seluruh dunia, pemerintah di seluruh Eropah kelmarin telah mengumumkan sekatan Covid-19 yang lebih ketat akan dikenakan.

“Saya bimbang kita akan kekal dalam pola kemuncak dan moga dapat melakukan yang lebih baik,” kata Van Kerkhove.

WHO ingatkan tahun kedua pandemik Covid-19 mungkin lebih sukar
Mike Ryan.

Untuk itu, Van Kerkhove memohon orang ramai untuk menjaga jarak fizikal.

Iklan

“Semakin jauh, semakin baik… tetapi pastikan anda menjauhkan jarak diri anda daripada orang ramai,” ujarnya.

Terus amalkan penjagaan kendiri seperti sentiasa basuh tangan atau guna hand sanitizer dan sentiasa memaikai pelitup muka.