YA, betul! Ini bukan promosi MLM. Kami betul-betul nak bagi hadiah wang tunai.

Sebanyak RM4,200 telah disediakan khas untuk korang bersempena ulang tahun kedua SinarPlus pada 1 Mac depan.

Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Korang hanya perlu sertai game show Sinarmania+ pada tarikh 1 Mac, hari Selasa bermula jam 10 pagi hingga 10 malam hanya di Facebook @sinarplus.sinarharian dan YouTube SinarPlus.

Menurut Editor Eksekutif Gaya Hidup dan Hiburan, Meen Tahrin, ulang tahun kedua ini disambut dengan kelainan berbanding tahun lalu.

Baca juga Setahun SinarPlus yang hangat, meriah dan menghiburkan

“Jika pada ulang tahun pertama, SinarPlus berikan banyak hadiah berbentuk barangan seperti produk elektrik, gajet dan sebagainya, namun pada tahun ini, Sinarplus berikan pula hadiah wang tunai. Lagi vazz!

“Dalam situasi sekarang, kami yakin wang lebih diperlukan berbanding barangan, jadi tujuh slot telah disediakan. Pada setiap slot, peserta berpeluang untuk merebut hadiah wang tunai.

10 pagi hingga 10 malam: Hadiah wang tunai RM4,200 untuk dimenangi

Iklan

Setiap slot pasti akan ada pemenang. Jangan bimbang.

“Teruja kan? Tugas korang hanya perlu jawab beberapa soalan yang akan dikemukakan. Pastikan jawapan betul dan pantas, itu sahaja. Permarkahan pula akan ditentukan oleh sistem komputer. Maka, tak perlu risau, semuanya telus dan tulus,” katanya.

Baca juga Setahun yang awesome! SinarPlus bakal sajikan program menarik selama 15 jam berturut-turut esok   

Selain hadiah wang tunai, sepanjang hari tersebut, di FB SinarPlus juga akan diselang selikan dengan paparan program-program menarik SinarPlus yang telah disiarkan sepanjang tahun lalu.

Iklan

Terdapat juga sesi temu bual dengan artis-artis yang akan memeriahkan ulang tahun kedua ini seperti Amsyar Lee, Mierul Aiman dan Alyssa Dezek.

Justeru, jangan lupa temu janji kita pada 1 Mac 2022 dan sertai Sinarmania+ sempena ulang tahun kedua SinarPlus.