2 kali ganda risiko diserang strok, wanita usia 35 tahun perlu tahu ini
DUA kali ganda berhadapan risiko diserang strok, ini perkara penting yang wanita berusia sekitar 35 tahun perlu tahu.
Strok bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan wanita umur 35 tahun ke atas.
Walau bagaimanapun, kajian terbaharu mendapati kaum Hawa bawah 35 tahun berhadapan risiko strok yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 2 kali ganda lebih tinggi daripada kaum lelaki!
Memetik portal Hello Health Group, menurut sebuah analisis yang diterbitkan di dalam jurnal Stroke mendapati wanita di usia 35 tahun ke bawah mempunyai risiko sebanyak 44 peratus untuk mengalami strok iskemik yang disebabkan saluran darah yang tersumbat pada otak berbanding lelaki dalam kumpulan umur yang sama.
Bukan itu sahaja, wanita muda yang terselamat daripada serangan strok juga didapati mengalami kesan yang lebih serius. Malah, kerosakan dari segi fungsi organ juga dua hingga tiga kali lebih tinggi berbanding kaum lelaki.
Mungkin ramai wanita yang berusia 35 tahun ke bawah merasai mereka masih lagi muda dan bebas penyakit.
Namun, kajian terbaharu ini menunjukkan sebaliknya. Wanita umur 35 tahun dan lebih muda juga boleh alami serangan strok.
Oleh sebab itu, dengan peningkatan risiko ini, kaum Hawa perlulah lebih berhati-hati dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Baca juga Elak penyakit jantung, strok, kanser, ini 10 sayuran wajib ambil dalam seminggu
Kenali strok iskemik dan mengapa wanita umur 35 tahun lebih berisiko;
1. Strok iskemik berlaku apabila saluran darah yang membekalkan darah ke otak tersumbat.
2. Apabila darah tidak sampai ke otak, sel otak akan mulai mati dalam masa beberapa minit. Strok jenis ini merangkumi hampir 87 peratus daripada semua jenis strok.
3. Ada dua jenis strok iaitu strok iskemik dan strok hemorhaj.
4. Berbeza dengan strok iskemik, strok jenis ini berlaku disebabkan salur darah yang lemah lalu pecah. Darah akan berkumpul dan mengakibatkan tekanan pada sekeliling tisu otak.
5. Serangan strok merupakan satu kecemasan. Pesakit juga perlukan rawatan secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih serius.
6. Selain itu, faktor lain yang menyebabkan wanita lebih berisiko untuk mengalami strok ialah kehamilan. Menurut pakar, praeklampsia yang boleh menyebabkan hipertensi yang serius ketika kehamilan boleh menyebabkan strok.
Baca juga Masalah bengkak kaki sering dialami ibu hamil. Ini 8 tip berguna atasinya
Walau bagaimanapun, kebanyakan punca strok iskemik adalah tidak diketahui.
Jadi, wanita umur 35 tahun, ketahui tanda strok pada peringkat awal sebagai langkah berjaga-jaga!
Perhatikan tanda-tanda strok ini, terutamanya ketika simptom bermula. Rawatan strok paling efektif jika ia dimulakan secepat mungkin.
Antara simptomnya;
1. Masalah bercakap dan sukar memahami percakapan orang lain.
Individu yang diserang strok akan rasa keliru dan sukar untuk bercakap. Mereka juga tidak dapat memahami percakapan orang lain.
2. Lumpuh pada kawasan muka, lengan atau kaki.
Pesakit strok akan mulai rasa kejang pada kawasan muka, lengan atau kaki. Strok juga akan menyebabkan pesakit lumpuh pada sebelah badan sahaja.
Cuba angkat kedua-dua belah tangan. Jika sebelah tangan sukar untuk diangkat, anda mungkin sedang mengalami serangan strok.
3. Kesukaran melihat pada sebelah mata.
Anda mungkin sukar melihat pada sebelah mata, menjadi buta atau penglihatan menjadi bertindih.
4. Pening kepala yang teruk.
Pesakit juga akan rasa loya, muntah-muntah dan pengsan.
5. Sukar berjalan.
Justeru, bagi wanita umur 35 tahun ke bawah, inilah masa yang terbaik untuk menjaga kesihatan anda.
Ramai yang anggap diri sendiri 'masih muda' dan bertenaga pada usia ini. Namun, itu tidak bermaksud anda bebas daripada sebarang penyakit.
Wanita yang mengambil pil perancang dan pernah hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami strok. Sama jugalah dengan wanita yang merokok.
Walau bagaimanapun, strok masih lagi merupakan sesuatu yang jarang berlaku kepada orang muda.
Namun, jika anda mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, tidak mustahil risikonya akan meningkat.
Untuk mengurangkan kebarangkalian strok, kaum Hawa perlulah bersenam dengan lebih kerap dan mengamalkan pemakanan yang sihat. Jika anda merokok, tinggalkan amalan tersebut secepat mungkin.
Jadi buat semua kaum wanita, sayangi diri, kenali tanda awal strok ini kerana rawatan yang paling efektif jika ia dimulakan secepat mungkin.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang