ASBAB merajuk, seorang kanak-kanak melalui detik cemas tertinggal di sebuah inap desa di Ketereh, Kelantan. Bimbang keselamatan anak, ibu, Nor Fazlina berkongsi pengalamannya mnghadapi momen 30 minit yang mendebarkan.

Menerusi hantaran di Facebook, usahawan wanita itu mendedahkan beliau dan keluarga dari Terengganu menginap di inap desa berkenaan selama tiga hari dua malam untuk memudahkan rawatan bapanya.

Nor Fazlina mula menyedari kehilangan anaknya yang dikenali sebagai Khyra ketika mahu menunjukkan seekor kuda di tepi jalan selepas kira-kira 30 minit meninggalkan inap desa berkenaan.

Katanya, kejadian cemas itu berlaku sejurus sahaja seorang lagi anaknya dan salah seorang ahli keluarga lain mengesahkan bahawa Khyra tiada bersama di dalam kereta.

Ahli keluarga yang menaiki sebuah lagi kereta mengesahkan kanak-kanak itu tiada bersama.

“Aduhai anak tertinggal dekat homestay. Suami pun terus patah balik dan beri isyarat kecemasan, laju menuju ke homestay yang sudah kami kunci pintunya dan gelap.

“Ya ALLAH perjalanan dirasakan sangat jauh. Betapa lalainya selaku ibu, sungguh kalau sesuatu akan jadi sekejap jer!” kongsinya.

Ujar Nor Fazlina, si kecil itu terdahulu merajuk dengan bapa ketika sedang bersiap-siap meninggalkan inap desa itu.

“Ibu saya beritahu memang betul Khyra ada dalam homestay lagi kerana sebelum itu dia merajuk gara-gara papanya simpan bagasi yang dia hendak main”

“Dia merajuk bawa diri ke belakang kerusi. Papanya tidak tahu si kecil itu merajuk dan tidak keluar lagi dari homestay terus mengunci pintu, masuk kereta dan terus bergerak,” kongsi Fazlina.

Ibu mana yang sanggup berpisah dengan anak walaupun seketika. Tempoh perjalanan 30 minit patah balik ke inap desa dirasakan terlalu lama.

“Semua menangis dan doa semoga adik (Khyra) baik-baik sahaja walau saya tahu dia pasti sedang menangis teruk.

“Dalam hati hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa diri ini risau keadaannya yang seorang diri.. Bimbang apa-apa terjadi kerana kediaman itu dua tingkat.

“Papanya pandu kereta laju, hanya dalam masa 10 minit kami tiba di homestay,” kongsinya.

Baca juga: Kes remaja, wanita dan kanak-kanak hilang sering berlaku, ini prosedur melaporkan

Baca juga: Dijumpai sedang tunggu pak cik beli aiskrim, ini kronologi 6 jam anak hilang diculik

Baca juga: Ini antara kes kanak-kanak yang masih hilang di negara kita. Kebanyakannya masih menjadi misteri

Berhadapan pembuli jalan raya, ini apa yang anda perlu lakukan

Detik pertemuan semula mengundang sebak dan air mata. Keluarga Nor Fazlina menzahirkan rasa syukur hingga melakukan sujud syukur apabila melihat anak kecil itu di depan mata.

“Sampai sahjaa kami terus panggil Khyra dan dia ada di depan pintu. Sedih sangat tengok, lembik kerana menangis sampai termuntah.

“Semua pakat menangis dan sujud syukur kerana Khyra selamat. Saya tidak mampu untuk membayangkan bermacam kemungkinan ada dalam fikiran.

Iklan

“Ya ALLAH, first time dalam hidup. Syukur kepada Allah diberi peluang boleh ambil anak dalam keadaan sihat. Bila fikir semula, asbab nampak kuda membuatkan saya teringat kepadanya. Kalau tiada kuda pada hari itu, mungkin tak ingat lagi,” ujar si ibu.

Menyesali kejadian itu, Nor Fazlina tidak henti menitipkan syukur. Ibu empat cahaya mata itu berharap pengalaman yang dilalui menjadi pengajaran buat keluarga lain.

“Apabila ALLAH bagi lalai, sedikit pun tidak teringat. Gambar Khyra ini saya rakam selepas siap memandikannya. Selepas ambil dia terus tertidur. Adik, maafkan ibu dan papa.

“Ya ALLAH terima kasih beri peluang kedua. Semoga cerita ini jadi pengajaran supaya kami dan juga ibu ayah lain lebih alert selepas ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menzahirkan rasa lega Nor Fazlina berjaya menemui anak bongsunya.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

– “ALLAH bagi pentanda melalui kuda. Ya ALLAH, kalau kalau tidak nampak kuda itu… ”

– “Sebak saya yang membaca, terbayangkan bagaimana anak kecil itu di dalam rumah gelap seorang diri.”

Tidak kurang juga yang turut berkongsi pengalaman menghadapi situasi yang sama.

– “Saya juga pernah begini, faham sangat perasaan itu.”

Iklan

– “Anak pernah tertinggal di pasar tani. Sejak itu saya dan suami buat head count selepas anak-anak masuk kenderaan sebelum balik.”

– “Tahun ini dua kali tertinggal anak. Sekali hari jumaat, suami bawa anak anak datang makan di kantin masa nak balik. Lupa anak yang keenam, umur dua tahun tengah tidur dalam kereta. Sudah habis makan kira-kira sejam, baru perasan si kecil itu tiada. Syukur Alhamdulillah cuaca mendung jadi kereta tidak panas sangat.

-” Anak tunggal saya pernah hilang sekejap masa hari sukan sekolah yang diadakan di sebuah stadium besar. Anak Darjah Satu, cikgu bawa berlatih tapi kami tidak diberitahu. Saya dan suami bertanya cikgu-cikgu namun tiada jawapan. Kami berpecah untuk mencari. Memang saya menangis tak hirau orang. Syukur jumpa dia elok tepi padang training acara baling pundi kacang.”

Sumber: Nor Fazliana

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!