9 makanan baik untuk hati saintis sarankan, 6 rutin ini wanita jangan lupa buat
HATI adalah organ yang paling aktif di dalam tubuh berfungsi mengawal metabolisme, sintesis protein, menyimpan vitamin dan besi, menghasilkan cecair hempedu dan menyingkir toksin daripada badan. 10 jenis makanan ini elok diamalkan bagi meningkatkan kesihatannya.
Hati berlemak adalah salah satu masalah hati yang kerap terjadi. Saranan makanan dan tip yang dikongsikan saintis, Dr Suri Roowi Ph.D KMN ini boleh digunakan.
Baca juga: Petua minum air pangsa lepas makan durian sangat berguna, saintis jelaskan
Baca juga: Teknik memasak daging dan kesannya terhadap purine, penyebab gout
Menurutnya, terdapat pelbagai jenis makanan untuk bantu masalah hati iaitu hati berlemak dan sirosis hati. Antaranya adalah seperti berikut:
1. BAWANG PUTIH
Minum air bawang putih. Cara penyediaannya ialah dengan mengetuk dua ulas bawang putih, biarkan selama 10 minit kemudian ditambah madu dan air suam. Kacau dan seterusnya diminum. Usah menggunakan bawang putih berlebihan, memadai dengan hanya satu atau dua ulas sahaja dengan segelas air.
Baca juga: Hipertensi, penyakit paling pantas menemui ajal. Hati-hati, jagalah pemakanan
2. CINCAU HITAM
Meakan cincau hitam. Kajian saintifik mendapati cincau hitam bertindak sebagai pelindung hati. Dapatan kajian menunjukkan terdapat penurunan enzim-enzim petunjuk kerosakan hati seperti SGOT, SGPT dan ALP.
3.TEH HIJAU
Minum teh hijau kerana ia berupaya membantu masalah hati berlemak dan sirosis hati.
4.KUNYIT
Minum jus kunyit yang dibancuh dengan sedikit serbuk lada hitam. Jus kunyit boleh bantu melambatkan kerosakan hati akibat sirosis.
5.BIJI ANGGUR
Minum air biji anggur. Caranya dengan menumbuk dan mencampurkan ia dengan air. Biji anggur kaya bahan khasiat procyanidin iaitu antioksidan. Ia lebih mudah diekstrak menggunakan air berbanding minyak. Procianidin adalah antara bahan antioksidan yang kuat membantu masalah hati berlemak.
6.TINGKAT PENGAMBILAN SERAT
Memakan makanan berserat tinggi seperti buah tin dan barli.
7.LOBAK PUTIH
Makan lobak putih yang direbus kerana glucoraphenin dalam lobak putih bagus untuk bantu masalah hati terutamanya hati berlemak.
8.POKOK DUKUNG ANAK
Baca juga: Jantung pisang bantu masalah diabetes dan kurang sel darah merah
Minum air rebusan pokok dukung anak pada kadar 3 gram dalam 300 mililiter air panas.
9.ASAM GELUGUR
Minum air asam gelugur untuk bantu kurangkan lemak dalam hati.
6 AMALAN MENGELAKKAN KEROSAKAN HATI
Dalam pada itu, Dr Suri turut berkongsi beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam memelihara hati.
1.Parut terlebih dahulu ubi untuk menghilangkan kandungan cyanide di dalamnya
2.Pastikan sayur-sayuran dibasuh bersih dan direndam garam terlebih dahulu (untuk membuang racun)
Baca juga: Batu hempedu: Kurangkan makanan berminyak, berlemak elak masalah cirit-birit
3. Kurangkan makanan berempah
4. Banyakkan minum air
5.Bagi yang mempunyai masalah kesihatan hati, disarankan untuk mengelak sayu-sayuran jenis 'night shade plant' iaitu terung, cili, ceri, tomato dan kentang
6.Hindari makanan yang sudah busuk / rosak seperti kentang atau halia busuk.
Baca juga: Tip pemakanan selepas pembedahan buang hempedu, jangan langgar pantang
Sumber: Dr Suri Roowi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang