9 PPV 'walk-in' untuk individu 40 tahun ke atas, komorbiditi di Lembah Klang. Jangan lupa bawa dokumen ini

A
A
A

BERUSIA 40 tahun ke atas, tinggal di Lembah Klang dan mempunyai masalah mendapatkan janji temu vaksinasi Covid-19?

Jangan risau korang kini boleh mendapatkan vaksin tersebut menerusi kaedah ‘walk in’ sahaja.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara terus tanpa janji temu atau ‘walk-in’ di Lembah Klang akan memulakan operasi pada 2 Ogos ( hari ini), jam 2 petang untuk golongan 40 tahun ke atas dan yang mempunyai komorbiditi.

Komorbiditi adalah keadaan di mana seorang individu mempunyai lebih daripada dua penyakit.

Bagi ‘walk-in’ kaedah adalah ‘first come first serve’ atau siapa dulu dia dapat akan diaplikasi bergantung kepada kapasiti PPV itu.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam kenyataannya menyenaraikan sembilan buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dibenarkan melaksanakan pemberian vaksin secara terus tanpa janji temu atau walk-in di Lembah Klang mulai hari ini iaitu:

1.KL Convention Centre (HCO F)

2.KL Convention Centre (HCO G)

3.KL Convention Centre (HCO H)

4.Bangi Avenue Convention Centre (BACC)

5.Hotel Wyndham, Klang

6.Dewan Tun Razak, Sabak Bernam

7.Dewan Komuniti Serendah

8.Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA

9.Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam

Antara dokumen yang diperlukan ialah bukti menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang.

Ia sebagai contoh seperti alamat pada kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain lagi.

Bagi golongan komorbid, korang diminta membawa sebarang bukti yang menunjukkan mereka komorbid seperti kad rawatan atau kad janji temu.

‘First-come-first-serve basis’ (mendahulukan siapa yang cepat) bergantung kepada kapasiti bekalan vaksin di PPV yang mana individu ‘walk-in’ akan diletakkan di bawah senarai menunggu untuk hadir semula pada keesokannya sekiranya bekalan vaksin pada hari berkenaan habis digunakan.

Katanya, individu ‘walk-in’ yang mempunyai dokumen pengenalan sah akan didaftarkan terlebih dulu dalam sistem MySejahtera di kaunter pendaftaran di PPV sebelum divaksinasi.

Golongan ibu hamil tidak perlu untuk walk-in bagi mendapatkan vaksinasi, sebaliknya janji temu mereka akan diberikan melalui MySejahtera.

Baca juga Makan Durian Sebelum, Selepas Vaksinasi, Apa Kata Pakar

CITF juga mengingatkan bahawa vaksinasi Covid-19 secara ‘walk-in’ ini hanya untuk penduduk di Lembah Klang. Bagi iIndividu yang sudah mendapat janji temu adalah tidak dibenarkan untuk walk-in.

"Mereka juga tidak dibenarkan untuk membatalkan janji temu yang diberikan bagi tujuan walk-in sekiranya janji temu sedia ada adalah pada tarikh yang akan datang," katanya.

Dijelaskan bahawa semua tindakan adalah berlandaskan kepada keperluan untuk melindungi penduduk di Lembah Klang dalam zon merah yang mana kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat.

Baca juga Mujur Rakam Video, Bukti Vaksinator Tak Tekan Picagari Vaksin

Bagi bukan warga negara Malaysia, katanya, tarikh ‘walk-in’ dibenarkan mulai 9 Ogos hingga 11 Ogos 2021 khusus untuk umur 40 tahun ke atas atau golongan komorbid di Lembah Klang di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 2 petang setiap hari tertakluk kepada hari operasi PPV.

Seterusnya 12 Ogos hingga 22 Ogos 2021 semua bukan warga negara Malaysia berusia 18 tahun ke atas di Lembah Klang

Dokumen diperlukan untuk warga asing menghadiri PPV secara ‘walk-in’ adalah bukti menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang seperti alamat di kad pengenalan diri, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain lagi.

Bagi mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan yang sah, akan melalui proses ditetapkan dalam satu Garis Panduan Pengurusan Pemberian Vaksin Kepada Individu Bukan Warganegara dikeluarkan oleh CITF.

Golongan komorbid diminta membawa sebarang bukti yang menunjukkan mereka komorbid seperti kad rawatan atau kad janji temu.

Diharapkan vaksinasi secara ‘walk in’ ia akan dapat membantu mereka yang mempunyai masalah mendapatkan temujanji serta mempercepatkan proses mendapatkan imuniti kelompok atau herd immunity di Lembah Klang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca