BUAH pisang kerap dijadikan sebagai makanan percuma yang akan diberikan di masjid, kedai makan mahupun pejabat dengan tujuan sedekah.

Kandungan nutrisi yang ada dalam pisang mampu melancarkan saluran pencernaan, selain kandungan rendah lemak dan mampu memberikan sumber tenaga segera.

Menurut perkongsian CNN Indonesia, bukan sahaja isi buah pisang, tetapi kulitnya juga boleh dimakan.

 

Baca juga: Manfaat pokok lidah buaya yang ramai tak tahu dan cara mudah menanamnya

Baca juga: Sukar lena kembali setelah terjaga waktu tidur 7 cara ini boleh membantu

 

Menurut fakta, kulit pisang mengandungi 71 peratus hingga 83 peratus serat.

Serat berfungsi bagi mengelakkan risiko daripada penyakit kronik seperti diabetes tahap 2 atau barah.

Serat juga mampu membantu untuk menurunkan berat badan secara sihat termasuk tergolong dalam pemakanan diet seimbang.

Namun, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum kita betul-betul boleh memakan kulit pisang tersebut.

Jadi, jom semak fakta di bawah:

1. Bersih

Sebelum kulit pisang boleh dimakan, pastikan bahagiannya luarnya bebas kotoran.

Gunakan air bersih mengalir untuk mencuci.

2. Khasiat

Kandungan triptofan dalam isi pisang yang digabungkan dengan vitamin B6 pada kulit pisang dipercayai dapat meringankan masalah gangguan emosi dan depresi.

Malah, terdapat juga kebaikan lain seperti vitamin B12, magnesium, potasium, fiber dan protein dalam kulit pisang.

3. Bebas racun

Sebaiknya cuba gunakan pisang organik yang bebas daripada penggunaan racun serangga atau perosak.

Hal ini kerana bimbang berlaku kejadian keracukan disebabkan penggunaan bahan racun.

Iklan

4. Hidangan

Isi pisang boleh dimakan bersama dengan kulit tidak mengira sama ada dengan cara dimasak atau dibekukan.

Ini kerana semakin matang kulit pisang maka dikatakan semakin manis rasanya.

Cara lain seperti potong pisang yang belum dikupas kepada beberapa bahagian.

Kemudian, bekukan di dalam peti sejuk. Setelah itu, bahan tersebut boleh digunakan untuk membuat minuman smoothie.

5. Bebas pencemaran alam

Memakan kulit pisang boleh membantu menjaga kebersihan alam sekitar.

Iklan

Hal ini dipercayai 30 peratus hingga 40 peratus atau sekitar 3.5 tan kulit pisang telah dibuang setiap setahun.

Oleh itu, bagi yang belum mencuba, tidak salah jika ingin makan kulit bersama isi pisang.

Namun, pastikan tahap kebersihan diutamakan terlebih dahulu.

Selamat mencuba!

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI