Apakah dimaksudkan cerai cara baik Puteri Sarah dan Syamsul Yusof? 13 info wanita perlu tahu

sinarplus (1)
sinarplus (1)
A
A
A

Apakah dimaksudkan cerai cara baik Puteri Sarah dan Syamsul Yusof? 13 info wanita perlu tahu

PENCERAIAN adalah bermaksud menamatkan hubungan perkahwinan sama ada dengan pilihan suami atau dengan keputusan kadi.

Baru-baru ini, pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mengesahkan bersepakat berpisah dengan baik pada 18 Mei 2023. Malah kedua-dua belah pihak mendapat kesepakatan mengenai terma yang sudah dibincangkan dan juga lafaz cerai.

Baca juga: Sempat bertemu dan berbincang, setuju berpisah cara baik, momen Puteri Sarah, Syamsul Yusof di mahkamah jadi perhatian

Baca juga: Hak penjagaan anak Diana Danielle dilanjutkan, 15 info wanita perlu tahu tentang hadanah interim

Bercerai secara baik juga disebut sebagai talak dengan persetujuan bersama. Berikut 13 fakta wanita perlu tahu:

1-Perceraian dengan persetujuan atau dengan perintah mahkamah bererti seorang suami atau isteri membuat permohonan kepada mahkamah dengan mengisi borang-borang tertentu untuk bercerai sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk berbuat demikian.

KAUNTER MAHKAMAH

2-Borang tersebut perlu diserahkan kepada mahkamah dengan disertai akuan berkanun (surat sumpah) dengan memenuhi perkara yang berikut:

i.Butir-butir perkahwinan, nama anak, umur anak (hasil daripada perkahwinan)

ii.Perkahwinan itu didaftarkan di bawah Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam dan salah satu pihak bermastautin dalam Negeri di bawah enakmen tersebut.

iii.Butir-butir mengenai apa-apa perbicaraan terdahulu mengenai hal ehwal suami isteri, jika ada.

iv.Pernyataan mengenai sebab-sebab hendak bercerai.

v.Pernyataan sama ada langkah-langkah perdamaian telah diambil.

vi.Syarat apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah, tempat tinggal isteri dan anak-anak hasil daripada perkahwinan, penjagaan anak dan pembahagian apa-apa aset

vii.Butir-butir perintah yang diminta.

3-Borang ini boleh diperolehi di Mahkamah Syariah di tempat yang berhampiran dengan pasangan suami/isteri tinggal atau bermastautin dan membayar yuran pendaftaran mengikut kadar ketetapan negeri masing-masing.

4-Daftar kes cerai di kaunter dan menerima tarikh dan masa hadir ke mahkamah. Tarikh untuk suami dan isteri hadir ke mahkamah hendaklah tidak melebihi 21 hari dari tarikh kes didaftarkan.

Baca juga: Diana Danielle, Farid Kamil bakal jalani Sulh. 11 info wanita perlu tahu, rupanya bukan untuk penceraian sahaja

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

MAHKAMAH

5-Suami dan isteri perlu hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan dengan membawa bersama dokumen asal seperti berikut:

-Sijil nikah atau sijil rujuk.

-Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri atau pasport.

6-Mahkamah mendapatkan persetujuan penceraian daripada suami dan isteri.

7-Suami melafazkan cerai talak satu.

8-Mahkamah akan mengesahkan lafaz cerai suami dan mengeluarkan perintah penceraian.

9-Suami dan isteri menerima rekod penceraian.

10-Suami dan isteri bawa rekod penceraian dengan segera ke Jabatan Agama Islam untuk daftar cerai.

Baca juga: Penceraian hakam jalan terakhir suami enggan lafaz talak, 20 fakta wanita perlu tahu

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI

11-Suami dan isteri menyerahkan rekod cerai kepda Jabatan Agama Islam negeri bersama dokumen berikut:

-Sijil nikah atau sijil rujuk

-Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri atau pasport.

-Perintah daftar cerai dan rekod penceraian.

12-Mereka kemudian perlu membayar yuran daftar cerai mengikut kadar yang ditetapkan oleh negeri-negeri.

13-Jabatan Agama Islam negeri akan mendaftarkan cerai dan mengeluarkan sijil cerai.

Mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami, ALLAH telah menyatakan :

'Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak) untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya'.

( Surah at-Talak : 6 )

Kredit foto: Freepik 

Demikian ALLAH memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami.

Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai.

Sungguhpun ikatan pernikahan telah putus akibat jatuh talak, Islam masih memberi ruang kepada pasangan suami isteri untuk terus berhubung di antara satu sama lain dengan batas-batas pergaulan yang diharuskan oleh hukum syarak.

Ia bermatlamat murni bagi memastikan hak-hak bekas suami isteri dan anak-anak terus dilindungi.

Baca juga: Selepas berfikir, kami bersetuju untuk berpisah- Mizz Nina, Noh sah bercerai

Sumber: esyariah.gov.my, Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca