AWAS bagi anda yang berada di enam buah negeri, arahan bersiap siaga untuk menghadapi banjir kilat telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS).

Sedang negara dalam fasa permulaan Monsun Timur Laut 2022/2023, bencana banjir mungkin berlaku dan menyebabkan kemusnahan teruk.

Baca juga: Musim tengkujuh, banjir diramal 7 November, 8 info wanita perlu tahu, buat persediaan awal

Kredit foto: Pexels

Sebagai langkah berjaga-jaga, JPS memaklumkan berdasarkan maklumat ramalan hujan dari model Numerical Weather Prediction (NWP) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan sistem Southeastern AsiaOceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS), terdapat risiko berlaku banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan dalam tempoh 12 jam.

Baca juga: Hadapi banjir, amalkan baca doa munajat diajarkan Rasulullah ini

Berikut 15 fakta yang dikongsikan:

1-Enam negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Selangor, Johor, Pahang, Kuala Lumpur dan Sarawak.

2-Notis kesiapsiagaan dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.

Kredit foto: Pixabay

3-Orang ramai diminta mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir.  Berikut adalah lokasi-lokasi yang berisiko banjir kilat:

5-PULAU PINANG

Seberang Perai

Kampung Merbau Kudung, Taman Desa Murni, Kg.Nyiur Sebatang, SRJK(T) Mak Mandin, SK Mak Mandin, SMK Mak Mandin, Kampung. Tok Jawa, Kampung Baru, Kampung Labuh Banting, Kampung Telok, Kampung Alor Merah, Kampung Manggis, Kampung Maklom, Kampung Lahar Yooi dan kawasan sekitarnya.

Seberang Perai Tengah

Kampung Labuh Banting, Kampung Kota, Kampung Kubu, Kampung Guar Jering, Kampung Terus, Kampung Pertama, Kampung Kubang Semang, Taman Siakap, Taman Makok, Taman Tembikai (Taman Mutiara), Taman Sri Rambai, Taman Belimbing, Taman Janggus, Kampung Permatang Rawa, Taman Guru, Kampung Tanah Liat, Kampung Permatang Ara, Kampung Baru Alma, KampungAlma, Taman Alma, Taman Perrnai Jaya, Kampung Kijang, Taman Nangka, Kampung Kebun Sireh, Kampung Siam, Taman Binjai, Kampung Kebun Nenas, Jalam Tembikai, Taman Cempedak, Taman Mangga, Kampung Juru, Taman Pinang, Taman Sentul, Taman Sentul Jaya, Kampung Tok Panjang, KampungTok Subuh, Taman Sukun, Taman Arnra, Taman Murni, Kampung Sg Permatang Rawa, Taman Desa Darnai serta kawasan sekitarnya.

Seberang Perai Selatan
Kampung Masjid serta kawasan sekitarnya.

Timur Laut
Kawasan-kawasan sekitar pusat bandar Georgetown.

Baca juga: Sedihnya! Mayat wanita hamil, ibu mentua ditemui berpelukan, 8 fakta banjir di Baling

6-SELANGOR

Petaling
Kampung Tengah A, Kampung Kuala Sungai Baru, Kampung Bersatu Batu 13, Kampung Melayu Subang, TTDI Jaya, Kampung Aman Bestari, Kampung Sri Aman Berkat, Kampung Bukit Lanchong, KTM Batu 3, Seksyen 13 Shah Alarn, Kampung Kenangan Puchong, Taman Mesra, Shah Alam, Seksyen 13 Shah Alam, Lebuhraya BESRAYA, Kompleks Jabatan Pertanian Serdang, Sri Kembangan dan kawasan sekitarnya.

Klang
Kampung Delek, Jalan Kebun Nenas, Kampung Jawa, Taman Melawis, Teluk Pulai, Taman Petaling, Taman Sentosa, Taman Saujana, Taman Rashna, Kampung Bukit Naga, Batu 8 Jalan Bukit Kemuning, Pandamaran dan kawasan sekitarnya.

7-JOHOR

Muar
Kampung Jawa Lenga, Bukit Kepong, Panchor, Pagoh, Kampung Parit Karim Hulu dan kawasan sekitarnya.

Tangkak
Kampung Parit Pelampong, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Medan dan kawasan sekitarnya.

8-PAHANG

Kuantan
Kampung Cherating, Taman Balok Damai dan kawasan sekitarnya.

Temerloh
Kampung Pangkalan Manggis, Kampung Loyang, Pekan Temerloh dan kawasan sekitarnya.

Kredit foto: Pixabay

9-KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur

Bulatan Dato Onn, Bank Rakyat, Jalan Chow Sow Lin, Pekan Salak Selatan, Razak Mansion, Jalan Loke Yew, Jalan Raja ChuIa, Jalan Sultan Ismail, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Masjid Jamek, Universiti Malaya, Kampung Pantai Dalam, Jalan Dang Wangi, Jalan Maarof, Jalan Kia Peng, Jalan Leboh Pasar dan kawasan sekitarnya.

Baca juga: Cara mudah pantau aras air sungai berhampiran, bersedia hadapi banjir

Iklan

10-SARAWAK

Samarahan
Kampung Ensika, Kampung Sekitong, Kampung Lubok Manta, Pekan Sebuyau dan kawasan sekitarnya.

Kuching
Kawasan-kawasan sekitar Pusat Bandar Kuching.

11-Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.

12-Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir.

Kredit foto: Pixabay

13-Anda perlu mendapatkan maklumat maklumat lanjut dari semasa ke semasa. Perlu peka kepada siren sistem amaran banjir.

14-Tiga agensi disarankan untuk diikuti di laman sosial iaitu :

i-Jabatan Meteorologi Malaysia bagi mendapatkan maklumat lokasi dan intensiti taburan hujan.

Iklan

iii-Pusat Ramalan Amaran Banjir Negara (PRABN) untuk mendapatkan ramalan dan amaran banjir.

iv-Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi mendapatkan info kesiapsiagaan dan pengurusan bencana.

15-Anda disarankan mendapatkan info amaran dan ramalan banjir, kenaikan aras sungai di kawasan anda dan kadar lebat hujan melalui laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my atau aplikasi mudah alih Public InfoBanjir.

Baca juga: [VIDEO] Idea’ genius’ elak air banjir masuk rumah tular, guna kaca gentian hadang pintu

Sumber: JPS

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi