SETIAP kali hujung tahun pastinya negara akan dilanda musim hujan yang luar biasa. Hujan lebat yang berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir terutama di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

Keadaan akan menjadi lebih buruk apabila hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar, risiko kejadian banjir boleh meningkat.

Selain peka dengan keadaan semasa, bersiap sedia menghadapi banjir dan sebagainya, sebagai umat Islam kekuatan kita adalah dengan cara berdoa kepada ALLAH.

Melalui hantaran dilaman Facebook, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkongsi doa yang boleh diamalkan ketika musim banjir.

Baca juga: Musim tengkujuh, banjir diramal 7 November, 8 info wanita perlu tahu, buat persediaan awal

Baca juga: Ajaibnya laungan azan, rumah lelaki ini tak dimasuki air banjir. “Ia hanya lalu, tidak masuk rumah.”

Kredit foto: Pixabay

Nabi Muhammad SAW pernah berdoa atas permintaan seorang lelaki yang bertemu dengan baginda agar ALLAH menghentikan hujan. Ini kerana harta benda, jalan-jalan, tanam-tanaman dan haiwan ternakan banyak yang rosak dan binasa.

Maka Rasulullah SAW berdoa:
اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
Maksudnya: “Ya ALLAH! (Kami bermohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya ALLAH! (Alihkan ia) ke atas tempat-tempat tinggi, gunung ganang dan bukit bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.” Riwayat al-Bukhari.

Maka berhentilah hujan dan keluarlah matahari. Sebahagian ulama menulis faedah doa ini bahawa secara adabnya kita berdoa agar ALLAH SWT mengalihkan hujan ini ke tempat-tempat lain kerana hujan itu membawa rahmat dan keberkatan.

Selain itu, terdapat sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab sahihnya berkaitan doa ketika turunnya hujan. Daripada Aisyah R.anha berkata,
Ketika Rasulullah SAW melihat hujan, baginda berdoa:
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksudnya: “Ya ALLAH, Engkau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.” Riwayat al-Bukhari

Baca juga: ‘Ya ALLAH, aku ingat cucu dah mati.’- Nenek sebak tidak sangka cucu dihanyut banjir masih hidup

Kredit foto: PixabayAl-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa doa yang disebutkan di dalam ini adalah sunat untuk dibaca ketika turunnya hujan. Tujuannya bagi menambah kebaikan dan juga keberkatan di samping menolak segala yang boleh memberi mudarat.

Banyakkan berdoa kepada ALLAH ketika dilanda musibah. Amalan ini amat dituntut oleh syarak. Moga ketika musim-musim hujan lebat seperti sekarang ini kita dilindungi oleh ALLAH daripada segala bala dan musibah.

Baca juga: Tular kereta baru guna 3 bulan ‘total lost’ dihanyut banjir, wanita terharu terima ‘pengganti’

Iklan
Kredit foto: Pexels

Info daripada Jabatan Meteorologi Malaysia:
– Negara berada dalam fasa akhir Peralihan Monsun yang bermula pada 3 Oktober 2022 dan
akan berterusan sehingga awal November 2022.

– Monsun Timur Laut lazimnya akan bermula pada bulan November dan berakhir pada bulan Mac.

– Pada bulan November 2022, kebanyakan negeri di Semenanjung dijangka akan menerima hujan pada paras purata iaitu antara 100 mm hingga 900 mm.

– Kejadian air pasang besar dijangka berlaku dalam tempoh antara 6 hingga 11 dan 22 hingga 27 November 2022, 7 hingga 12 dan 22 hingga 26 Disember 2022 serta 6 hingga 10 dan 21 hingga 25 Januari 2023.

Baca juga:  Jangan terlalu yakin memandu redah banjir, anda mungkin rugi ribuan ringgit

Iklan

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri,met.gov.my

Kredit foto utama: Pixabay

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi