Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 untuk penjawat awam, berikut 5 info berkaitan

A
A
A

KERAJAAN terus prihatin dan peka kepada keperluan penjawat awam Malaysia apabila telah meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri itu menerusi kenyataannya di laman sosial rasmi Pejabat Perdana Menteri.

Berikut lima info berkaitan bantuan tersebut:

1.Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 akan diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

2.Selain itu, kerajaan turut bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada Pesara Kerajaan. 

3. Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022.

4.Bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.

5.Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun dikatakan lebih awal sebagai salah satu langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menurut beliau, ia diberikan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Semoga bantuan ini dapat membantu para penjawat awam Malaysia menyambut Aidilfitri yang dijangka pada 2 Mei 2022.

Baca juga: Dibuka sehingga 31 April, ini langkah mudah mohon pengeluaran khas KWSP RM10,000

Baca juga: Bayaran Fasa 1 BKM berperingkat, bermula 28 Mac ini

Sumber: PMO Malaysia

Kredit foto: Canva

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca