MUNGKIN ramai yang tidak tahu, selain daripada Bantuan Khas Pengurusan Kematian RM5,000 kepada waris, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga ada menyediakan bantuan khas sebanyak RM100 sehari kepada individu yang dikuarantin atau mendapat rawatan akibat pandemik Covid-19.

Jika korang dikuarantin, korang bolehlah membuat permohonan sekarang dan tuntut bantuan oleh NADMA.

Semua permohonan yang lengkap dan layak adalah tertakluk kepada semakan data Kementerian Kesihatan (KKM) Putrajaya bagi data kuarantin/ wad/ kematian sebelum diluluskan.

Pemohon boleh menyemak status kelulusan selepas 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh NADMA.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bantuan Khas Kuarantin NADMA akan diberikan kepada pemohon yang layak sebanyak:

  • RM100 sehari.
  • Bantuan RM100 sehari boleh dituntut sehingga 14 hari (maksimum).
  • Individu dikuarantin 14 hari boleh menerima sehingga RM1,400.

Antara syarat kelayakan mohon Bantuan Khas Kuarantin RM100/hari NADMA:

1. Wаrgаnеgаrа Malaysia уаng bеkеrjа tetapi tеlаh kеhіlаngаn ѕumbеr реndараtаn atau tidak dіbауаr gaji ѕераnjаng tеmроh dіkеnаkаn Pеrіntаh Pеngаwаѕаn Dan Pеmеrhаtіаn Bаgі Kontak Cоvіd-19

2. Warganegara Mаlауѕіа уаng bеkеrjа tetapi tеlаh kеhіlаngаn sumber реndараtаn аtаu tidak dіbауаr gаjі ѕераnjаng tempoh mеnjаlаnі rawatan di wаd hоѕріtаl (wаrdеd) ekoran Covid-19.

3. Menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk rawatan Covid-19.

bantuan

Sementara itu, pemohon yang tidak layak memohon adalah;

1. Bukan Warganegara Malaysia.

2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.

3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian atau menjalani rawatan di wad hospital ekoran Covid-19.

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Bоrаng Pеrmоhоnаn Bantuan Khаѕ Cоvіd19 seperti dі Lаmріrаn A (dоkumеn аѕаl).
  • Sаlіnаn kаd реngеnаlаn. (Sаlіnаn Dіаkuі Sah)
  • Dokumen KKM (Salinan bоrаng perintah pengawasan dan pemerhatian kоntаk Cоvіd-19, ѕаlіnаn borang реlераѕаn dаrіраdа pengawsan dаn реmеrhаtіаn Cоvіd-19, sijil cuti sakit)
  • Bоrаng Akuan Kеhіlаngаn Pendapatan seperti di Lаmріrаn B. (Dоkumеn asal)
  • Sаlіnаn penyata bank / muka dераn buku akaun. (salinan dіаkuі ѕаh)

Bantuan lain, Bantuan Warga Emas RM500, berikut cara memohon

Cara memohon:

1. Individu yang ingin memohon bantuan kuarantin NADMA ini boleh buat permohonan dengan menyediakan borang-borang berkaitan dan sediakan dokumen yang dinyatakan di atas. Borang permohonan boleh dimuat turun di bawah.

Link muat turun:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID-19 (LAMPIRAN A)

BORANG AKUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (LAMPIRAN B)

SURAT PERWAKILAN KUASA KEPADA WARIS (LAMPIRAN C)

Hantar permohonan lengkap kepada;

Iklan

i. Whatsapp 011-13218056 (khusus untuk penghantaran dokumen sahaja. Panggilan dan pertanyaan tidak akan dijawab); atau

ii. Email ke bkcovid19@nadma.gov.my atau

iii. Pos kepada;

Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri, Aras 7, Blok D5, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA.
(u.p. : Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)

Nota: Permohonan dan dokumen Asal KKM yang dipos akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM. Permohonan dan dokumen yang diterima melalui whatsapp dan email akan melalui proses semakan data KKM.

Meninggal dunia kerana Covid-19, waris boleh mohon bantuan khas hingga RM5,000

Iklan

Baca juga Meninggal dunia kerana Covid-19, waris boleh mohon bantuan khas hingga RM5,000

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Semakan status kelulusan permohonan Bantuan Khas Covid-19 NADMA boleh dibuat di https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus email ke NADMA di alamat bkcovid19@nadma.gov.my.

Semoga bermanfaat!