“Banyak tempat dibuka untuk bantu ekonomi, bukan kerana ia selamat.” - DG Hisham beri peringatan

A
A
A

PENGUMUMAN Perdana Menteri Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan kemudahan sektor ekonomi dan sosial kepada penerima vaksinasi lengkap Covid-19 disambut baik.

Katanya, pertimbangan dibuat setelah mengambil kira perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di seluruh negara yang telah melebihi 50 peratus.

Penurunan bilangan kes bagi kategori tiga hingga lima juga salah satu faktor apabila liputan dos lengkap vaksin Covid-19 bagi populasi dewasa (18 tahun dan ke atas) telah melebihi 40 peratus.

Selain itu, katanya situasi di Jabatan Kecemasan di Lembah Klang yang bertambah baik juga menjadi faktor yang dipertimbangkan sebelum keputusan memberikan kelonggaran beberapa sektor ekonomi dan sosial dibuat.

Katanya, individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

a) Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Contohnya Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.

b) Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Contohnya Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Baca juga Ibu Hamil Jangan Fikir 2 Kali Untuk Ambil Vaksin, Ini Risiko Anda Kena Tahu

Antara kelonggaran yang diumumkan beliau ialah :

MAKAN DI PREMIS

- Beliau berkata aktiviti 'dine-in' atau makan di restoran dibenarkan kepada individu terbabit berkuat bagi negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

- Pasangan lengkap vaksinasi dan anak di bawah usia 17 tahun perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ketat.

- Pemilik perlu memastikan individu menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 sebagai bukti telah lengkap dua dos vaksinasi.

AKTIVITI SUKAN, REKREASI DAN RIADAH TANPA SENTUHAN FIZIKAL DAN BUKAN BERKUMPULAN

- Aktiviti seperti jogging, taichi, berbasikal, memancing, permainan papan luncur, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis dan badminton (perseorangan), golf dan permotoran.

- Ia meliputi dalam daerah yang sama bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

- Dilakukan dengan mematuhi penjarakan fiizkal, di kawasan terbuka dan separa terbuka.

- Operasi bilik persalinan/ bilik mandi di premis rumah kelab tidk dibenarkan bagi mengelakkan pengumpulan selepas bersukan yang meningkatkan risiko jangkitan.

Baca juga 11 Aktiviti Layak Untuk Penerima Dua Dos Vaksin Sahaja, Mesti Tunjuk Sijil Digital

AKTIVITI BERKELAH DAN BERKHEMAH

- Penyertaan oleh kanak-kanak bawah 17 tahun dibenarkan dengan pematuhan SOP yang ketat.

OPERASI PASAR MALAM DAN PASAR MINGGU

- Penguatkuasa dan pemilik premis perlu memastikan pelanggan masuk ke premis dan menunjukkan sijil digital vaksinasi.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kelonggaran untuk individu lengkap vaksinasi tersebut diberikan atas faktor ekonomi dan bukan kerana persekitaran sudah selamat daripada jangkitan Covid-19.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai terus mengamalkan memakai pelitup muka termasuk yang dua lapis jika perlu, mengamalkan penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan mengelakkan tempat sesak dan sempit serta segera mengambil suntikan vaksin.

Sumber: Facebook Muhyiddin Yassin , ">Twitter Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Foto: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca