PENGAWAL peribadi yang ditembak di Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 Muhammmad Nur Hadith Zaini, 38, atau dikenali sebagai Along dikhabarkan sudah sedarkan diri selepas menjalani pembedahan pada bahagian usus di hospital.

Majikannya yang juga isteri kepada suspek, Farah Md Isa atau Farah Cie melalui hantaran di Facebook menitipkan kesyukuran menerusi laman sosial Facebook.

“Syukur hari ini terima berita Along sudah sedarkan diri. Terima kasih Ya ALLAH!

“Alhamdulillah beberapa hari lepas, saya berkesempatan untuk berjumpa isteri Along, Siti Noraida Hassan di Hospital Cyberjaya.

“Ketika itu, Along masih tidak sedarkan diri dan pihak hospital tidak membenarkan orang luar menziarahi kecuali ahli keluarga,” kongsinya.

Baca juga: Kronologi insiden tembak pengawal peribadi di KLIA, isteri suspek masih trauma. ‘Doakan kesembuhan Along’

Baca juga: Suspek kes tembak KLIA dicekup di Kota Bharu bersama pistol, polis sahkan kejadian bermotifkan hal peribadi, 10 info berkaitan

Baca juga: Banyak post sweet-sweet di FB isteri, warga maya terkejut & syak suspek tembak KLIA psiko. ‘Hati-hati wanita’

Farah menemui isteri Along, Siti Noraida Hassan dan ahli keluarga lelaki itu di Hospital Cyberjaya

Farah berkongsi keperibadian mulia pengawal peribadi utamanya yang merupakan seorang ‘family man’ dan gigih mencari rezeki.

“Untuk pengetahuan semua, Along mempunyai tiga cahaya mata dan bakal menimang anak keempat.

“Beliau merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik dan sangat mementingkan kekeluargaan serta sentiasa mengambil berat perihal keluarga.

“Tidak hanya itu, Along rajin bekerja sambilan bagi menyara keluarganya, selain suami yang sangat ringan tulang membantu isteri,” titip Farah.

Wanita itu turut mendedahkan Along mempunyai seorang cahaya mata kurang upaya (OKU) dan memerlukan penjagaan daripada si bapa yang kini sedang terlantar.

“Anak sulung Along iaitu Adam adalah OKU. Kebiasaannya Along yang akan mengangkat Adam untuk urusan bersihkan badan.

“Apabila Along sakit, isterinya tidak berupaya untuk mengangkat Adam yang kini
sudah berusia 13 tahun.

“Apabila isterinya ke hospital, emak mentua beliau yang akan menjaga anak-anaknya di rumah,” ujarnya.

Kongsi Farah lagi, keluarga kepada pengawal peribadinya itu turut berikhtiar agar permata sulung mereka lekas sembuh.

Usahawan wanita itu yang menyampaikan sumbangan buat keluarga Along berkata, sebuah tabung akan dibuka untuk membantu lelaki berkenaan pada masa akan datang.

Iklan

“Ayah Along berpesan meminta pertolongan agar mendoakan Along di depan Kaabah jika ada jemaah atau sahabat yang ke Makkah.

“Saya mewakili The Mahabbah menyampaikan sumbangan buat ahli keluarga Along dan mengajak anda untuk berdoa agar kesihatannya kembali pulih, aamiin.

“Insya-ALLAH kami akan buka tabung kecemasan untuk bantu keluarga Along. Mohon doakan ya,” kongsinya.

Sebelum ini, media melaporkan Siti Noraida berkata, suaminya sudah sedarkan diri, namun masih lemah dan hanya berupaya bertutur dalam keadaan terhad.

Malah perkara pertama yang ditanya Along sebaik pihak hospital membuka alat bantuan pernafasan mengenai keluarga dan anak-anak.

Terdahulu, Along terkena tembakan pada jarak dekat sekitar tiga ke empat meter jam 1.15 pagi di KLIA pada 14 April lalu.

Iklan

Suspek telah dicekup selepas lebih 24 jam di Kota Bharu, Kelantan dan dikatakan merancang untuk melarikan diri ke Makkah melalui Thailand.

Sumber: Facebook

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!