‘Kak Long For You’ usaha Koperasi Wanita Malaysia Berhad selamatkan golongan ini daripada ancaman Along

A
A
A

LEBIH beratus kes wanita meminjam wang Along sejak 2014, Koperasi Wanita Malaysia Berhad (WCB) mengambil inisiatif menubuhkan pembiayaan ‘Kak Long For You’ untuk membantu golongan itu ‘keluar’ daripada dilema bank tanpa lesen tersebut.

Pengerusi WCD, Datuk Nazilah Idris berkata, pihaknya akan menjadi orang tengah antara penghutang dan pemiutang bagi menyelesaikan isu tunggakan dan ketidakadilan sistem pembayaran.

Nazilah Idris

“Melalui pembiayaan ini, kita melangsaikan hutang berkenaan dengan Along dan individu terbabit akan membayar jumlah dengan WCB selama tempoh perjanjian dan tiada bunga dikenakan.

“Sekarang bantuan itu tersekat apabila dana kerajaan bersandarkan kod JPA yang mana pegawai kerajaan sahaja yang boleh memohon.

“Jadi, kita menggesa kerajaan untuk memberikan dana secukupnya atau khas kepada kita untuk menangani masalah itu,” katanya ketika ditemu bual Sinarplus selepas Majlis Hari Wanita Hi-Tea 2024.

Susulan itu, bagi membantu individu bukan kerajaan, WCB kini sedang berusaha membangunkan sumber dalaman terdiri daripada ahli sendiri dengan mewujudkan pembiayaan ‘Golden Share For Golden Circle’.

“Selain itu, untuk menyimpan wang dengan kita tidak terhad kepada kerajaan sahaja, swasta pun boleh.

“Sekarang kita melaksanakan tabung wanita yang mana mereka boleh menyimpan RM1 satu hari demi masa depan. Apabila individu contohnya berhenti kerja, dia boleh mengeluarkan duit dengan dividen sekali,” katanya.

Baca juga:Jutawan wanita kemudi Persatuan Bola Sepak Thailand, 10 fakta Madam Pang

Malah, pihaknya juga sedang melaksanakan pasar raya bergerak jualan murah rakyat Malaysia dengan kerjasama vendor.

“Kita bekal terus ayam dan ikan daripada kilang dan ladang. Tiada ada orang tengah terlibat.

“Justeru, kita mengalu-alukan semua syarikat vendor untuk bekerjasama. Setakat ini ia sudah dilaksanakan di Shah Alam dan Meru, Klang dan bakal bergerak ke seluruh negara cuma mengambil masa kerana itu perlukan anggota,” ujar Nazilah.

Baca juga:Terbaik! Pekerja wanita Kuwait kerja 4 jam bulan Ramadan, masuk kerja 15 minit lewat, balik 15 minit lebih awal

Dalam pada itu, beliau memaklumkan setakat ini, sebanyak 1,200 ahli dan menyasarkan 15.9 juta wanita menyertai WCB dalam tempoh sehingga 2032.

“Ini kerana perancangan strategik kita tahun 2032 adalah untuk menjadi bank wanita.

“Dalam tempoh itu, sasaran kita menjadi bank digital lebih mudah berbanding konvensional manakala untuk tempoh lima tahun, kami menyasarkan menjadi top 100 koperasi berjaya di Malaysia,” kongsinya lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca