KANAK-kanak tiga tahun maut dalam keadaan tragis ditembak abang berusia lima tahun semasa bermain pistol dimiliki pengawal atau ‘bodyguard’.

Usia lima tahun masih terlalu kecil untuk mengetahui perihal keselamatan. Namun apa yang terjadi disifatkan sebagai kemalangan.

Kanak-kanak berkenaan ialah anak kepada pendakwah Indonesia, Arrazy Hasyim yang ketika itu berada di Tuban, Jawa Timur untuk lawatan keluarga. Kejadian terjadi semasa mereka sekeluarga dalam perjalanan dengan pengawal Arrazy, seorang pegawai polis yang dikenali sebagai M.

Baca juga: Kanak-kanak 4 tahun tak sengaja ‘dimandulkan’, keluarga saman RM4.4 juta

Baca juga: Kanak-kanak derita ruam berair gara-gara sentuh pokok beracun, berikut 8 fakta mengenainya

Ketika kejadian pengawal peribadi berkenaan sedang solat Zohor, dia terdengar bunyi dentuman kuat senjata api. Ternyata kanak-kanak berusia lima tahun itu memegang pistol milik M ketika bermain dengan adik lelakinya.

Si adik tertembak di dagu, maut di tempat kejadian itu.

M mendakwa dia telah menyimpan pistol itu dalam beg dan meletakkannya di tempat yang selamat sebelum solat.

“Untuk proses undang-undang, ia tidak akan diteruskan oleh Polis Tuban kerana (keluarga) mangsa telah memberi kenyataan bahawa mereka tidak akan membuat dakwaan dan treda atas apa yang terjadi kerana ia adalah kemalangan semata-mata,” Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Tuban, M Ganantha.

Iklan

Walaupun pihak keluarga tidak melanjutkan proses undang-udang, M dikehendaki memberikan kerjasama dengan jawatankuasa siasatan dalaman berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Indonesia.

Kematian akibat senjata api sangat jarang berlaku di Indonesia kerana kawalan senjata api yang ketat di negara itu.

Menurut Coconut Jakarta, hanya pegawai tinggi, pegawai penguatkuasa undang-undang dan anggota tentera boleh membeli dan memiliki senjata secara sah di sana.

Iklan

Baca juga: Cemasnya! Perenang pengsan ketika berlatih, mujur jurulatih cepat bertindak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.