Bapa Azizulhasni Awang meninggal dunia

A
A
A

JAGUH trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang berkongsi khabar duka kepada pengikutnya di laman sosial susulan pemergian bapa tercinta.

Bapanya, Allahyarham Awang bin Embong meninggal dunia awal pagi tadi.

“Assalamualaikum semua. Untuk makluman ayah saya telah pulang ke Rahmatullah awal pagi tadi. Semoga ayah diampunkan segala dosanya, diterima segala amal ibadatnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” titipnya.

Anak kelapan daripada sembilan adik beradik itu turut memohon warga maya mendoakan ayahnya ditempatkan bersama orang yang beriman dan segala kebaikan yang pernah dilakukan sebelum ini diterima oleh ALLAH.

Baca juga: Azizulhasni Kini Bergelar Datuk. 5 Fakta Menarik The Pocket Rocketman

Terdahulu pada Jun 2020, Azizulhasni pernah berkongsi bapanya ialah stroke survivor dan dementia. Bapa beliau dijaga rapi oleh adik beradiknya di Dungun, Terengganu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar urusan pengebumian jenazah dipermudahkan.

Malah tidak kurang juga yang menzahirkan ucapan takziah buat Azizul dan keluarga.

Baca juga: 16 minggu berjauhan, Azizulhasni selamat pulang ke pangkuan keluarga di Australia

Baca juga: Cadang letak nama Azizulhasni Awang untuk velodrom di Dungun, suntik semangat generasi muda

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Azizulhasni Awang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca