ISU berkaitan hubungan kekeluargaan dan tekanan kerja adalah antara aduan paling biasa dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menurut apa yang dilaporkan oleh Pertubuhan Khidmat Kaunseling, Befrienders Penang.

Pengerusinya, Damian Lee berkata, kebanyakan aduan diterima adalah berkaitan dengan masalah hubungan keluarga yang terpaksa di alami sepanjang PKP.

Antaranya situasi yang sering berlaku adalah seperti berikut :

1. Terpaksa tinggal bersama-sama dengan saudara-mara atau ahli keluarga semasa tempoh PKP.

2. Situasi akan menjadi lebih buruk sekiranya mana-mana daripada mereka mempunyai masalah mental.

3. Jika mereka terperangkap dalam keadaan sama dengan saudara-mara atau ahli keluarga, ia akan mencetuskan kemurungan, kebimbangan atau kecenderungan membunuh diri.

Menurutnya, individu tidak perlu bimbang untuk menghubungi Befrienders kerana identiti mereka tidak didedahkan dan semua maklumat dirahsiakan serta memberi sokongan emosi kepada mereka yang memerlukan melalui pendekatan mendengar secara aktif masalah mereka.

Lee juga menegaskan terdapat juga aduan individu bahawa mereka menghadapi lebih banyak tekanan apabila bekerja dari rumah berbanding di tempat kerja masing-masing.

Iklan

Beliau berkata individu mendapati lebih sukar untuk bekerja dari rumah dengan sumber yang terhad dan sekiranya menghadapi masalah dengan tugas, sukar untuk mereka berkomunikasi dengan rakan sekerja.

“Sebelum PKP, mereka hanya perlu memanggil rakan sekerja di pejabat setiap kali memerlukan bantuan dengan kerja tetapi sekarang sukar untuk menghubungi mereka,”  katanya.

Iklan

Individu yang memerlukan bantuan atau sokongan emosi boleh menghubungi Befrienders melalui-e-mel atau media sosial.

Befrienders Pulau Pinang boleh dihubungi melalui e-mel di alamat pat@befpen.org. Facebook (Befrienders Penang) atau menerusi aplikasi WhatsApp di talian 011-5699-7687.