BERGURAU dengan anak-anak tiada salahnya. Bahkan bermain dan bergurau senda akan mengeratkan hubungan ibu bapa dan si kecil. Pun begitu, gurauan kasar seperti ‘prank’ dengan suara mengilai dan menyeramkan yang tular sejak akhir-akhir ini sangat tidak sihat yang boleh mencetuskan kecederaan emosi dan trauma yang mungkin akan memberikan impak pada kemudian hari.

Menurut Public Health Malaysia, trend yang menghancurkan itu mula dikongsikan pada laman sosial yang mana pada babak awal semua kelihatan gembira apabila ibu bapa dan anak-anak bergambar sekeluarga.

Baca juga: Hukum ‘prank’ dalam Islam, boleh jatuh haram jika menipu, menakut-nakutkan, membuka aib

“Kemudian (selepas bergambar) ibu bapa dengan pantas keluar dari bilik, menghempas daun pintu meninggalkan anak berseorangan dalam dalam keadaan keliru dan terpinga pinga.

“Suara ketawa mengilai yang menyeramkan berkumandang dan aksi anak ketika ini dirakam. Ada dalam kalangan kanak-kanak yang ketakutan sehingga memanjat tombol pintu. Malah ada yang menangis berteriakan menutup telinga dan wajah. Memang trauma!” titipnya.

Baca juga: Gurauan melampau, 5 sekawan temui ajal kerana hand sanitizer

Apa yang dikesalkan, menurutnya hal tersebut dilakukan barangkali untuk mencipta kandungan media sosial semata-mata.

“Segalanya dilakukan demi secebis perhatian di media sosial dengan harapan video mendapat For Your Page (FYP) dan masuk beranda, beberapa ‘like’ dan pengikut baru.

“Tuan, puan, ibu bapa merupakan individu yang paling dipercayai, paling rapat dan paling penting untuk dunia kanak kanak Apabila kepercayaan terhakis dan luntur akibat tindakan ‘prank’ sebegini, ia akan memberi kesan dari segi personaliti dan emosi anak anak. Tolong hentikan trend ini, ia ternyata tidak berbaloi dengan parut emosi yang ditinggalkan,” tegasnya.

Baca juga: Bahaya anak jadi penagih gajet, boleh ganggu emosi dan mental mereka

KEBURUKAN PRANK KEPADA KANAK-KANAK

Membina kepercayaan antara ibu bapa dan anak adalah kritikal, Apabila ‘prank’ dilakukan, kepercayaan akan terhakis dan runtuh.

Ia juga memberi mesej kepada anak bahawa individu yang mereka percaya atau rapat sekalipun boleh bertindak di luar jangkaan. Ia akan menyebabkan empat kesan buruk seperti berikut;

1-Anak jadi penakut
2-Terlalu sensitif
3-Pemarah
4-Berdendam

Perkara tersebut turut dipersetujui warga maya yang berpendapat ibu bapa perlu melindungi dan menunjukkan teladan yang baik.

-“Ibu bapa gagal tunaikan hak kanak untuk melindungi dan menjadi teladan baik, sedih tapi benar.”

Iklan

-“Prank menyebabkan kanak-kanak trauma mental dan emosi. Jadi tolong berhenti menjadi ibu bapa kebudak-budakan!”

-“Ibu bapa yang cakap pada anak kecil bahawa lukisan anak buruk, selipar anak buruk juga merendahkan keyakinan diri anak. Hendak takutkan anak sambil cakap panggil polis ambil semua meninggalkan kesan pada anak kecil. Kalau tak mahu mendidik dan bina karakter anak jangan rendahkan kualiti mereka.”

-“Perangai suka menyakat ni hampir seperti membuli.”

-“Benci dan kesal dengan trend yang ini! Bagaimana ibubapa boleh rasa seronok dan kelakar tengok anak mereka dalam ketakutan.”

-“Banyak lagi cara bergurau. Sudah ada anak cubalah berfikir panjang jadi cerdik serta matang.”

Iklan

Baca juga: “Soalan ‘membunuh’ minat”- Tak mampu ajar anak darjah satu jawab soalan matematik, Ibu ini rasa mahu bakar ijazahnya!

Baca juga: Kanak-kanak normal pun boleh ada ciri autisme, ini mak-mak perlu perhatikan

Sumber: Public Health Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan