BOTOL plastik memang tak ‘lari ‘ dengan kehidupan kita. Biasanya yang paling dekat adalah botol minuman.

Di pasaran pelbagai air telah dijual berbentuk bungkusan botol. Selain mudah untuk diminum, ia juga senang disimpan dan dibawa ke mana sahaja.

Namun, pernahkah kalian terpikir yang air dalam botol plastik apabila disimpan dalam kereta di tengah panas boleh memudaratkan badan.

Menurut Dr Mazliana Mazlan, kita perlu mengelak minum air dalam botol plastik yang disimpan dalam kereta tengah panas terutamanya kanak-kanak.

“Cuba elakkan semampu yang kita boleh. Botol yang dipanaskan, akan ada bahan kimia yang terhasil iaitu bisphenol dan antimony. Ia akan terlarut dengan air yang ada dalam botol,” ujarnya.

Baca juga Kebas tangan masa bangun tidur? Mungkin petanda untuk 5 masalah kesihatan ini

Kredit foto: Freepik

Menurutnya, ini lima keadaan air yang perlu dielakkan untuk diminum;

1. Air dalam botol kita simpan dalam kereta.

2. Air suam kita tuang dalam botol plastik.

3. Air botol tertinggal dalam kereta waktu tengah hari.

4. Kita panaskan air dalam kettle plastik.

Baca juga  Sinar matahari sangat baik untuk anak, doktor dedah 3 waktu ibu boleh follow

Iklan

5. Bancuh susu dengan air suam dalam botol plastik.

Ujar Dr Mazliana, semua keadaan itu perlu dielakkan sebolehnya.

“Semua keadaan macam ni, kalau boleh kita cuba elakkan.

Iklan

“Bahan kimia dari botol, boleh buatkan hormon dalam badan anak terganggu. Kacaubilaukan imuniti anak, masalah sistem saraf dan metabolik,” tegasnya.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.