SEMUANYA demi secebis konten, lantaran itu segala rasa malu ditolak ke tepi.

Y, kalau melihat situasi sekarang, manusia semakin hilang rasa malu. Bahkan, mereka berlumba-lumba mendedahkan aib mereka sendiri di media sosial dengan penuh rasa bangga. Itu semua gara-gara mahu konten yang dibawa mendapat view yang tinggi.

Malu? Ah! Ada mereka kisah?

Tanpa sedar, aksi sebegini seolah-olah menjatuhkan maruah sendiri.

Lihat sahaja sebelum ini, kecoh aksi beberapa orang wanita yang membiarkan punggung mereka ditepuk sambil disambut dengan hilaian tawa.

Kononnya sekadar gurauan, lama-kelamaan kita takut nanti, ia dinormalisasikan. Bukankah tanpa sedar, aksi sedemikian seolah-olah telah menjatuhkan maruah sendiri.

Baca ni: ‘Terlalu banyak hal negatif yang dilayangkan di media sosial…’ – Tya Arifin

JANGAN SUKA-SUKA BUKA AIB SENDIRI

Dalam satu temubual berkenaan isu ini, personaliti televisyen, Farrah Adeeba berkata, beliau tidak menafikan masyarakat pada hari ini semakin kreatif dan memiliki idea yang unik terutama dalam mempromosikan produk mereka.

Hidup biar kena berprinsip, ikut aturan dalam al-Quran dan sunnah yang ALLAH redai- Farrah Adeeba

Namun, tegasnya, ia kena berlandaskan prinsip dan bukan untuk ‘suka-suka’ yang akhirnya membuka aib sendiri.

“Apa sahaja yang kita buat, kita boleh jadi kreatif. Begitu pun, hidup biar kena berprinsip, ikut aturan dalam al-Quran dan sunnah yang ALLAH redai. Inilah jalan yang saya ikut sejak dahulu. Alhamdulillah, rezeki tidak putus,” ulas pengacara selebriti yang juga pengusaha restoran Padangs On Wheel itu lagi.

“Inilah juga punca kenapa sesetengah orang duit banyak masuk, tetapi banyak juga hilang? Sebaiknya ikut cara yang betul, insya-ALLAH rezeki akan datang pada kita.

DUIT BANYAK MASUK BANYAK JUGA HILANG

Farah Adeeba turut mengakui, tidak perlu menggunakan keaedah promosi lucah atau benda-benda yang ALLAH tidak suka hanya semata-mata untuk melariskan produk atau mahu cepat dikenali ramai.

Bukan apa, pendekatan itu hanya membuatkan seseorang hilang keberkatan jika mengikut cara yang salah.

“Inilah juga punca kenapa sesetengah orang duit banyak masuk, tetapi banyak juga hilang? Sebaiknya ikut cara yang betul, insya-ALLAH rezeki akan datang pada kita.

Iklan

“Paling penting berkat dan semua menjadi kerana sedikit sebanyak keberkatan ini mempengaruhi hubungan kita dengan suami, anak-anak serta famili dan sahabat,” tambahnya lagi.

Aib diri dan orang lain
Media sosial kini menjadi sebagai saluran untuk membuat fitnah, adu domba, serangan peribadi dan membuka aib orang lain.

Baca lagi: Dulu biasa tidur hotel 5 bintang, kini jadi orang biasa demi dakwah. Kisah Ustaz Nazrey jadi inspirasi!

KONTEN BERPRINSIP BUKAN SEBAB KEJAR LIKE ATAU FOLLOWER

Tegas personaliti itu lagi, konten yang dimuat naik menerusi media sosial juga perlu berprinsip dan bukannya demi mengejar like yang tinggi atau mahu menambahkan folower.

“Sebagai orang Islam kita kena bermaruah dan memiliki akhlak yang baik serta prinsip yang jelas. Apabila kita tiada nanti, inilah tinggalan kita. Kalau di sosial media, selagi orang tengok, selagi itu kita dapat pahala daripada amalan tersebut.

Iklan

“Jadi, bagaimana jika apa yang kita tinggalkan itu sesuatu yang negatif? Justeru, biarlah apa yang dilakukan itu adalah sesuatu yang memberi kebaikan buat kita semua.

Status menyakiti orang lain
Hati-hati apabila mahu memuat naik status atau hantaran di media sosial masing-masing.

“Kita ini mencari rezeki yang halal, banyak dam berkat. Ia bukan sahaja digunakan untuk kita di dunia, tetapi juga sebagai bekalan di akhirat. Inilah yang kita mahu supaya semuanya mengikut corak yang ALLAH bagi. Insya-Allah,” ungkap Farrah menutup perbualan bersama penulis.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.