Tragedi kapal selam tentera Indonesia, KRI Nanggala 402 benar-benar menyayat hati. Kapal yang tersebut ditemui karam pada aras lebih 800 meter mengorrbankan 53 nyawa perajurit.

Ada yang meninggalkan ibu bapa dan saudara, malah yang paling menyentuh hati ialah balu dan anak-anak yang masih kecil.

Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan sikap dermawan dan dakwahnya baru-baru ini tampil menghubungi lima keluarga anak kapal KRI Nanggala 402 untuk memberikan sokongan moral dan saguhati.

Artikel berkaitan: Kronologi Kehilangan Kapal Selam KRI Nanggala 402 Milik Indonesia. Serpihan, Objek Ditemui Sahkan Ia Karam

“Sayu sebak bila dapat video call ahli keluarga tragedi KRI Nanggala 402. Selalu berdoa Allah bantu dan beri kekuatan buat mereka dan ahli keluarga.

“Saya niat nak beri kata semangat doa dan hadiahkan saguhati duit untuk lima keluarga yang susah mangsa tragedi KRI Nanggala 402. Bila call terasa seperti sebuah keluarga sahaja,” kata Ebit melalui Instagram.

Artikel berkaitan: Sedihnya, TNI dedah nama 53 perajurit KRI Nanggala 402 

KRI Nanggala 402 Masih Belum Ditemui, Oksigen Cukup-Cukup Untuk Hari ini. Isteri WhatsApp Rayu Suami Pulang

Isteri sayu menangis tonton berita

Ujar Ebit, berita mengenai tragedi kapal selam itu benar-benar menyentuh hati isterinya. Hal itu menyebabkan dia menghubungi keluarga Allahyarham Serda Diyut yang merupakan salah seorang anak kapal tersebut.

“Saya terlihat berita di MetroTv News Indonesia. Isteri yang terkejut menangis. Syukur dapat menghubungi keluarga Serda Diyut dengan bantuan NGO act_madiun Serda Diyut meninggalkan isteri dan dua orang anak.

Iklan

“Dapat bercakap dengan keluarga dan anak beliau. Comel anaknya. Keluarga minta doakan anaknya boleh bercakap dan berjalan. Sekarang umur 5 tahun. Kerana belum boleh bercakap dan berjalan.

“Sayu rasa tengok anaknya yang tak tahu apa-apa. Masa berdoa bersama tadi keluarganya sebak sedih. Mereka baru lepas berbuka dan sedang bacaan Yassin.

Semoga Allah beri ketabahan buat semua ahli keluarga dan orang terdekat buat mangsa KRI Nanggala-402. Allah beri keampunan dan rahmat buat semua. Terima kasih NGO Aksi Cepat Tanggap. Semoga menjadi asbab kebaikan,” kata Ebit.

Artikel berkaitan: Wanita Ini Kongsi Rahsia Kejayaan Ustaz Ebit Lew Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Iklan

Sebelum ini, Ebit Lew telah membantu banyak keluarga yang memerlukan di dalam dan luar negara. Mac lalu, pendakwah ini ke Afrika bagi menyantuni golongan yang  dan menyalurkan bantuan dalam misi bantuan kemanusiaan dan kasih sayang.

Sumber: Ebit Lew