2024 labuh tirai: Bunga api tertinggi Menara Kuala Lumpur diiktiraf Malaysia Book of Records

No Image Caption
A
A
A

MASIH belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baharu.

Malam ambang tahun baharu 2025 baru-baru ini disambut meriah di seluruh negara, dengan rakyat Malaysia memanfaatkan malam 31 Disember 2024 untuk pelbagai aktiviti riadah dan kerohanian bersama keluarga.

Kehadiran tahun 2025 juga lebih bermakna dengan kedatangan bulan Rejab yang membawa pengisian rohani buat umat Islam.

No Image Caption

Namun, malam ambang tahun baharu di ibu kota menyaksikan detik istimewa yang mencuri tumpuan ramai apabila Menara Kuala Lumpur berjaya mencatat sejarah baharu.

Sebagai simbol kemampuan negara, Menara Kuala Lumpur melakar kejayaan dengan menganjurkan pertunjukan bunga api pada altitud tertinggi di Malaysia.

Pertunjukan itu memukau ribuan mata sekaligus diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai 'Persembahan Bunga Api pada Altitud Tertinggi di Malaysia', dengan ketinggian luar biasa 307.610 meter dari aras tanah atau 401.610 meter dari aras laut.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Nazli Saad, acara tersebut bukan sahaja satu kebanggaan buat Menara KL tetapi juga simbol kejayaan Malaysia di mata dunia.

“Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan buat Menara Kuala Lumpur dan negara. Pertunjukan ini bukan sahaja simbolik kepada sambutan akhir tahun, tetapi juga bukti kemampuan Malaysia untuk menghasilkan acara bertaraf dunia,” kata Nazli.

Pertunjukan tersebut berlangsung selama beberapa minit, menyajikan pancaran bunga api berwarna-warni yang menerangi langit ibu kota.

No Image Caption

Dengan muzik latar yang mengasyikkan, menjadikan pengalaman ini sebagai kenangan manis di hati lebih 3,000 pengunjung yang hadir.

Melangkah ke tahun 2025, Nazli turut menyuarakan hasrat besar untuk menjadikan Menara Kuala Lumpur sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa yang mampu menarik lebih ramai pengunjung.

“Kami berhasrat untuk menjadikan Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi wajib kunjung bagi pelancong asing dan rakyat Malaysia. Sebagai menara telekomunikasi tertinggi di asia tenggara, kami ingin terus menonjolkan kreativiti melalui pelbagai program dan inisiatif menarik yang dirancang. Ini adalah langkah penting untuk memastikan Menara KL kekal relevan dan terus menjadi ikon kebanggaan negara,” ujarnya.

Tidak ketinggalan, SinarPlus turut bertekad melangkah ke 2025 dengan nafas baharu. Kami berazam untuk terus menyajikan kandungan yang lebih segar dan berkualiti demi kepuasan pembaca setia.

Selamat tinggal 2024 dan selamat datang 2025!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang