KAEDAH mendidik anak sebenarnya mempunyai pelbagai cara, malah ia berbeza mengikut budaya dan agama di setiap negara.

Melalui didikan dan contoh praktikal yang baik dari kecil, keperibadian si kecil dapat dipupuk dengan nilai-nilai murni seiring tumbesarannya.

Kalau cerita hal berkenaan, pastinya Jepun menjadi antara salah satu contoh terbaik.

didikan anak di jepun

Masakan tidak, masyarakat di sana memang terkenal dengan sikap disiplin yang tinggi dan komitmen dengan tugasan yang diberikan.

Semua itu bermula daripada metode asuhan yang unik bermula sejak daripada bayi sehinggalah mereka menjangkau umur lima tahun.

Ini kerana pada tempoh itu, si comel mampu membentuk keperibadian yang positif, berkat tunjuk ajar daripada ibu bapa sendiri.

Melalui perkongsian @drparenting di Instagram, terdapat lima pola asuhan masyarakat Jepun yang boleh dipraktikkan untuk ibu bapa muda atau mereka yang mempunyai anak kecil:

didikan anak di jepun

1. Hargai perasaan anak

  • Ibu bapa di Jepun cukup menghargai dan menjaga emosi anak mereka.
  • Pada masa sama, si kecil juga dididik supaya menghormati dan memahami perasaan orang lain.
  • Salah satu konsep asuhan asas yang diamalkan masyarakat Jepun iaitu anak diizinkan untuk melakukan apa jua aktiviti yang mereka inginkan pada usia sebelum lima tahun.
  • Prinsip ini dikatakan dapat memupuk anak mereka memiliki peribadi yang positif.

Baca juga Rupanya ini petua berkesan didik anak menjadi bijak, kreatif dan berakhlak baik

didikan anak di jepun

2. Bonding ibu dan anak

  • Di Jepun, hubungan si ibu dan anak cukup kuat.
  • Biasanya mereka tidur di bilik yang sama dan melakukan aktiviti bersama.
  • Malah, ketika membuat kerja rumah sekali pun, si kecil akan dikendong pada bahagian belakangnya sepanjang masa.

Baca juga 5 tanda anak-anak punyai pemikiran tanpa batasan. Jangan marah jika senduk, periuk jadi bahan experimentasi mereka

didikan anak di jepun

3. Anak tanggungjawab utama

  • Masyarakat Jepun menyifatkan anak sebagai satu tanggungjawab utama, malah anak mereka tidak akan dihantar ke taska atau sekolah sebelum usia tiga tahun.
  • Bayi yang masih kecil dianggap perlu dijaga oleh ibu bapanya sendiri, bukannya nenek atau saudara mara yang lain.
  • Ibu bapa di sana perlu meluangkan masa untuk menjaga anak yang sedang sakit.
  • Hal ini dikatakan mahu mendidik para ibu bapa supaya menanam nilai kekeluargaan dengan saling melindungi antara satu sama lain.

Baca juga Jangan abaikan didikan anak-anak, ini tanggungjawab suami isteri

didikan anak di jepun

4. Didik anak melalui teladan

  • Tidak dinafikan amalan ini penting kerana ibu bapa menjadi role model kepada anak mereka.
  • Didikan di Jepun lebih kepada praktikal dengan memberi contoh melalui perbuatan.
  • Mereka tidak memanjakan anak-anak dengan kata-kata nasihat semata-mata, malah menterjemahkan melalui teladan yang baik.
  • Bak kata mereka, ibu bapa adalah cermin sikap anak-anak mereka.

Baca juga Jangan jadi ayah biologi saja, tapi pimpinlah keluarga menuju ke jannah dengan cara ini

didikan anak di jepun

5. Disiplin dan berdikari

  • Jika pernah menonton drama survival si kecil yang popular di Jepun, mereka diajar untuk berdikari melakukan kerja orang dewasa termasuk membeli barangan di pasar, menanam pokok dan menuai hasil tanaman.
  • Sebenarnya, itu cara mereka untuk melatih anak-anak berdikari secara teratur dan berdisiplin.
  • Sebagai contoh, golongan itu diajar mengemas permainan sendiri, memakai baju, makan tanpa bantuan dan toilet training.
  • Anak yang masih kecil mudah mengikut pola aturan yang ditetapkan dan akan mudah terbiasa apabila dewasa kelak.

Baca juga 4 kaedah terbaik menangi hati anak kecil. Tak susah pun

Membiarkan si kecil hidup berdikari sejak kecil kalau dilihat dengan mata kasar, nampak kejam.

Iklan

didikan anak di jepun

Namun, sebenarnya pendekatan itu boleh menonjolkan potensi diri anak supaya mereka lebih berani dan berkeyakinan tinggi.

Bagaimana pula di Malaysia? SinarPlus percaya setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak masing-masing.

Baca juga Didik anak-anak melalui teladan, ibu bapa kena tunjuk contoh yang baik kepada anak-anak…

Iklan

Tidak salah untuk mempraktikkan budaya orang yang mungkin boleh memberi manfaat kepada si kecil.

Harus direnung-renungkan bahawa anak ialah amanah ALLAH yang perlu dijaga dengan baik dan dididik dengan ilmu serta nilai kerohanian supaya mereka membesar menjadi khalifah berjaya.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI