Allahuakbar! Kuala Lumpur 'lumpuh' susulan banjir kilat, hujan lebat sejak pagi

A
A
A

SEKELIP mata ibu negara berubah umpama lautan, cuaca buruk yang melanda Kuala Lumpur sejak pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air akibat hujan lebat berterusan.

Menerusi beberapa video tular di media sosial, banjir kilat dilaporkan di Jalan Parlimen menuju ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sehingga kenderaan tidak dapat bergerak.

Kampus Universiti Malaya (UM) juga tidak terkecuali. Menerusi video yang dimuat naik di X, air banjir sudah memasuki kawasan kampus dan dilaporkan agak tinggi parasnya.

No Image Caption



Warga kampus berkenaan termasuk pelajar dan kakitangan dinasihatkan untuk tidak mengikuti jalan masuk pagar Kuala Lumpur disebabkan oleh banjir yang berlaku di kawasan itu.

Selain itu, kawasan lain di sekitar bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhampiran Bank Rakyat juga turut dinaiki air sehingga menyebabkan trafik sesak.

No Image Caption



Malah Persidangan Dewan Rakyat yang sepatutnya bermula jam 10 pagi terpaksa ditangguhkan ke jam 10.30 pagi gara-gara ada sebahagian ahli Parlimen terperangkap banjir.

Lebih mencemaskan, video yang memaparkan beberapa buah motosikal terkumpul di bawah jejambat dipercayai dibawa arus.

Tak hanya itu, video yang memaparkan 21 murid Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dalam kejadian banjir di Jalan Hulu Klang, Batu 8 juga tular di media sosial.



Masing-masing cuba menyelamatkan diri memanjat meja selepas kelas mereka dinaiki air.

Kepantasan pasukan penyelamat menyelamatkan kanak-kanak berkenaan bersama empat guru di premis tabika berkenaan.

Menerusi pemantauan bomba di lokasi mendapati selain tabika berkenaan, empat buah rumah di sekitar telah terjejas.

No Image Caption



Tular di laman sosial murid dipercayai dari Sekolah Taman Permata, Ampang Melawati dikeluarkan dari kelas kerana banjir.

Sementara itu, di kawasan Kampung Segambut Dalam, kawasan perumahan juga dinaiki air sehingga menenggelamkan beberapa kenderaan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption



Di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati juga, trafik dilaporkan sesak akibat jalan raya yang dinaiki banjir kilat sejak pagi tadi.

Sebagai peringatan bersama, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat pagi Selasa di beberapa kawasan dalam negara.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda dan Bandar Baharu, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru), Sarawak: Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang