Ibu bapa jangan silap! Ada perkara lebih penting dari paksa anak puasa penuh. Dengar penjelasan Ustaz Abu Hassan. 'Saya pantang kalau...'

No Image Caption
A
A
A

MENDIDIK anak bukan perkara yang mudah, terutamanya apabila si kecil itu mula menginjak usia tujuh tahun.

Sempena bulan Ramadan, sebuah video ceramah Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz kembali dikongsikan di aplikasi TikTok bagi menjawab persoalan yang sering menjadi tanda tanya dalam kalangan ibu bapa.

Ini terutama kepada ibu bapa yang ragu-ragu untuk menentukan sama ada perlu mengajar solat atau berpuasa terlebih dahulu, sehingga tanpa sedar mungkin membuat pilihan yang kurang tepat.

Allahyarham Abu Hassan menegaskan bahawa ibu bapa tanpa sedar melakukan kesilapan apabila tidak menggalakkan anak berusia tujuh tahun untuk solat, sebaliknya lebih menekankan supaya mereka berpuasa penuh sepanjang Ramadan.

Artikel Berkaitan:

Dengan nada tegas, bekas Penasihat Agama Istana Negara itu sangat tidak bersetuju terhadap sikap segelintir ibu bapa yang berbangga apabila anak mereka tidak pernah meninggalkan puasa, tetapi mengabaikan kepentingan solat.

"Saya pantang lah kalau orang suruh anak-anak puasa di usia tujuh tahun, lapan tahun.

"Lebih-lebih lagi bila berkata sambil bermegah bahawa anaknya itu tidak pernah meninggalkan puasa di bulan Ramadan," katanya.

Namun, apabila ditanya tentang ibadah solat, jawapannya sering kali ditangguh-tangguhkan dengan alasan mahu melatih anak berpuasa terlebih dahulu.

Menurut bapa kepada tujuh cahaya mata itu, Nabi Muhammad SAW mengajar umatnya supaya mendidik anak solat seawal usia tujuh tahun.

Ini kerana apabila solat dijadikan amalan utama, ibadah lain seperti puasa akan dilakukan dengan mudah, tanpa perlu dipaksa atau dipujuk.

"Nabi Muhammad SAw suruh paksa anak sembahyang di usia tujuh tahun walaupun sehari sekali.

"Orang yang sembahyang mesti berpuasa tak perlu dipujuk tetapi seseorang yang berpuasa tidak semestinya solat," ujarnya.

Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang