Trend suami minum 'susu badan' isteri bikin ramai loya. Ini perjelasan ustaz buat ramai setuju

No Image Caption
A
A
A

SETIAP hari ada sahaja trend pelik muncul di media sosial dan terkini para suami diminta minum susu isteri atas kemahuan isteri untuk melihat reaksi suami terhadap rasanya.

Bagaimanapun tindakan ini mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet, khususnya mengenai status hukum dan kesesuaian budaya dalam ajaran Islam.

Menurut ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Isrus (UAI) yang kembali tular, suami sebenarnya dibenarkan meminum susu badan isteri dan ia tidak haram menurut agama.

"Dalam perkahwinan, suami dianggap sebagai 'tuan' kepada susu isterinya, jadi dia tidak perlu meminta izin untuk minum.

"Namun, jika isteri mahu menyusukan bayi orang lain, dia perlu mendapatkan keizinan suami kerana susu itu dianggap hak suaminya," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Dari sudut fiqh iaitu ilmu tentang ketetapan hukum Islam daripada sumbernya, ulama menyatakan bahawa susu ibu tidak mengubah hubungan mahram antara suami isteri.

Maka, tidak timbul isu hubungan susuan yang boleh menyebabkan pertalian mahram antara mereka.

Perkara itu turut dinyatakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor dalam bank soalan di laman web rasminya.

Seseorang bayi sah menjadi anak susuan sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak jika mencukupi syarat tersebut:

(i) Bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan; dan hendaklah setiap kali susuan itu mengenyangkan;

(ii) Susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi;

(iii) Umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.

Walaupun tidak melanggar hukum, trend sebegini boleh menimbulkan rasa kurang selesa dalam masyarakat. Islam sangat mementingkan nilai kesopanan dan maslahah (kepentingan umum) dalam setiap tindakan.

Sesuatu yang tidak membawa manfaat, boleh mencetuskan kekeliruan, atau mencemarkan imej Islam, sebaiknya dielakkan.

Sebagai umat Islam, kita disarankan untuk menjaga adab dalam rumah tangga dan berfikir sebelum berkongsi perkara bersifat peribadi di media sosial.

Jangan sampai perkara seperti ini dijadikan bahan hiburan tanpa memikirkan implikasi jangka panjang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang