SEMPENA sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma tidak lama lagi, Shopee tidak melepaskan peluang untuk menganjurkan kempen jualan terbaik, JAN18 CNY Global Shopping buat pengguna setia.

Antara kempen yang wajib disertai adalah Riino Great Deals Great Fortune yang menyajikan pelbagai item berkualiti khususnya buat suri rumah dan wanita bekerjaya.

Peraduan Spin & Win yang sedang berlangsung juga memeriahkan lagi kerancakan kempen jualan gedung membeli-belah tersohor tersebut sepanjang bulan ini.

JAN18 CNY Global

Apa yang perlu anda lakukan? Hanya membuat pembelian minimum RM150 menggunakan ShopeePay Credit sekali gus melayakkan diri untuk menyertai peraduan yang menawarkan ganjaran RM888.

Sebelum itu, jom kita lihat dahulu produk jenama Riino yang ditawarkan terhad kepada kaki shopping kerana harganya dikatakan jauh lebih murah berbanding biasa.

JAN18 CNY Global

Penyedut habuk tanpa wayar, Riino Revolution R9+ Cordless dijual pada harga RM257 berbanding harga asalnya, RM799 selepas diskaun sebanyak 68 peratus.

Jika kurang berkenan dengan pilihan vakum tersebut, Riino juga menawarkan EVolution V8 Super Cyclone yang lebih konvensional dengan diskaun sebanyak 71 peratus. Jadi, anda yang perlu membayar pada harga RM117 berbanding RM399.

Riino D8 Dolce Stand Mixer merah menyala yang pada asalnya dijual pada harga RM699 kini ditawarkan pada harga cukup menjimatkan iaitu RM247 sahaja.

JAN18 CNY Global

Sementara itu, Huat’astic Tech Deals menawarkan 25 peratus potongan harga untuk item terpilih sama ada perkakas rumah, kamera, dron, gajet, komputer dan konsol permainan.

Apa yang menarik perhatian, ketuhar gelombang mikro jenama Sharp dijual pada harga RM299 berbanding harga asalnya, RM499. Jimat RM200 kan?

Tidak ketinggalan juga, fon telinga tanpa wayar Black Shark Lucifer T2 ditawarkan harga lebih murah iaitu RM169 berbanding RM199, manakala fon kepala Black Shark Goblin X1 hanya RM129 sahaja.

JAN18 CNY Global

Selain itu, mungkin inilah saat yang ditunggu-tunggu untuk kaki shopping yang baru mendaftar sebagai ahli baharu aplikasi Shopee di telefon pintar masing-masing kerana ganjaran wang tunai sedang menanti.

Tiga langkah mudah untuk mendaftar dan anda akan menerima angpau bernilai RM88 yang dimasukkan secara berasingan melalui Shopee eDuit iaitu RM20 akan dikreditkan terus ke dalam akaun ShopeePay eWallet.

Iklan

JAN18 CNY Global

Nilai RM50 lagi diberikan dalam bentuk 10 keping baucar tunai yang akan dikreditkan dalam akaun sama dalam tempoh 14 hari.

Baki RM18 pula akan diberikan sebagai baucar selamat datang untuk pembelian pertama sahaja.

Baca juga Untungnya! Kondo mewah SkyMeridien jadi milik graduan UTeM sempena peraduan Tekan & Menang Shopee

Nampaknya nombor 8 tetap menjadi angka bertuah sempena perayaan Tahun Baru Cina apabila angpau bernilai RM8,888 diberikan kepada pengguna bertuah setiap hari.

Iklan

Hanya menonton game show setiap jam 8 malam dan jawab soalan mudah menerusi Shopee Live Fortune Quiz, ganjaran wang tunai boleh dibawa pulang setiap hari.

JAN18 CNY Global

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Wow! Menarik. Sambil membeli-belah item idaman pada harga luar biasa, anda berpeluang untuk merebut peluang ganjaran wang tunai yang bukannya sikit-sikit.

Bagi mereka yang sedang mencari-cari perkakas elektrik baharu, bolehlah usha outlet yang dipercayai kerana harganya juga memang murah berbanding biasa.

Jadi apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana banyak barangan elektrik dijual pada harga mampu milik.