Perhatian ibu ayah! Sekolah di Johor mula cuti Sabtu, Ahad lebih awal

No Image Caption
A
A
A

PERHATIAN buat ibu bapa murid dan kakitangan instiusti di bawah Kementerian Pendidikan di Johor, khabarnya pelaksanaan cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad sebelum cuti akhir persekolahan sesi 2024/2025 bermula 18 Januari tahun depan.

Kata Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin, perubahan cuti berkenaan melibatkan 583,373 murid dan lebih 48,000 guru di bawah Kementerian Pendidikan.

"Bila sudah diumumkan 1 Jan (pelaksanaan cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad) kena ikut dengan tarikh berkenaan cuti itu.

"Jadi ia (pelaksanaan) akan diteruskan, mungkin boleh praktikal dulu pada bulan pertama dari pengurusan pembelajaran dan pengangkutan anak-anak," katanya.

Semalam, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menempelak pihak yang tidak berpuas hati serta mempertikaikan keputusan Johor menukar cuti dari Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad.

Titah baginda, jika ada pihak yang tidak berpuas hati demi agenda peribadi, dan hanya hendak melagakan rakyat atau untuk kepentingan politik, mereka “dipersilakan pindah” ke negeri yang masih bercuti pada Jumaat dan Sabtu.

Titah baginda menerusi laman rasmi The Royal Johor, keputusan yang dibuat itu adalah selepas mendapat izin dan restu Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Bahkan, titahnya, keputusan itu dilakukan selepas mendapat pandangan daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor, kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat.

“Maka saya telah membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad,” titah baginda.

Tunku Mahkota Ismail bertitah, meskipun masih ada negeri bercuti Jumaat dan Sabtu namun keputusan itu selepas mempertimbangkan isu berkaitan kehendak rakyat Johor, terutamanya untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga.

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah perkara itu bukan sahaja diperkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, malah telah mendapat pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAlNJ).

Baginda turut bertitah agar semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan akan memberikan ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat.

No Image Caption

Isnin lepas, Tunku Mahkota Ismail bertitah agar cuti hujung minggu di negeri ini ditukar kembali kepada hari Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari depan dan perkara itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan daripada JAINJ.

Pada 2014, cuti hujung minggu Johor telah ditukar kepada Jumaat dan Sabtu susulan titah Sultan Ibrahim yang menitahkan pertukaran cuti itu.

Selain Johor, negeri yang melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu ketika ini ialah Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang