Jom Pusing Selangor Dulu! Terokai 4 tarikan di Gamuda Luge Gardens, lokasi rekreasi mesra keluarga dengan pakej mampu milik

No Image Caption
A
A
A

TAK perlu pergi jauh hingga ke Singapura, Korea Selatan, New Zealand atau Kanada kalau nak merasai pengalaman bermain luge kerana ia sudah ada di dalam negara.

Hanya terletak di Sungai Buloh Utara, Selangor jer, orang ramai boleh bermain kenderaan tanpa enjin yang menggunakan daya tarikan graviti tersebut bersama keluarga.

Memang layan bila kita diberi tiga laluan berliku untuk menuruni bukit dan menerjah masuk terowong penuh lampu LED warna-warni. Kalau malam, lagi cantik!

Skyline Luge Kuala Lumpur yang terletak di Gamuda Luge Gardens kini dibuka secara rasmi dan menjadi persinggahan ramai terutamanya pada cuti hujung minggu.

No Image Caption

Lebih menarik, nantikan pelancaran Hyfly yang dijangka menjelang akhir tahun ini untuk mereka yang mahu menguji adrenalin dengan zipline berkembar pertama di Malaysia.

Bagi menambah keterujaan pengunjung, Eye of Gardens juga dibuka kepada umum untuk mereka yang mahu menikmati panorama 360 darjah Gamuda Luge Gardens setinggi 50 meter.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Eye of Gardens yang diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records sebagai ferris wheel tertinggi dan terbesar dalam negara itu dengan bayaran hanya RM12 jer.

Bagi mereka yang berjiwa kental, bolehlah cuba tunggangan Vroomerang yang baharu diperkenalkan kepada umum. Rasai tujahan ke udara dengan pusingan tanpa henti setinggi 10 meter yang cukup mendebarkan!

No Image Caption

Tak puas bermain, apa kata cuba kesemua empat permainan iaitu Jellycup Twist, Fruity Frenzy, Jumpshot dan Carousel di FunPark sebelum bermain air di Big Bucket Splash seluas 10,000 kaki persegi.

Tarikan baharu

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut merasmikan Majlis Pelancaran Gamuda Luge Gardens dan dihadiri Pengerusi Gamuda Berhad, Tan Sri Ambrin Buang.

Hadir sama, Pengurus Operasi Skyline Luge Kuala Lumpur, Joshua Morris dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kerajaan Tempatan, Pelancongan, Pembangunan Kampung Baru, Datuk Ng Suee Lim.

No Image Caption

Amirudin berkata, pihaknya bangga apabila Gamuda Berhad memperkenalkan inisiatif untuk menarik lebih ramai pelancong ke Selangor.

“Jika sebelum ini sudah ada SplashMania WaterPark di Dengkil, terbaharu Gamuda Luge Gardens tampil dengan tarikan tersendiri.

No Image Caption

“Saya berpeluang merasai pengalaman bermain luge dan pelbagai aktiviti lain. Saya percaya pembangunan Gamuda Berhad membawa lebih banyak tarikan pelancongan domestik,” katanya.

No Image Caption

Menjelang Tahun Melawat Selangor 2025 nanti, Adun Sungai Tua itu mahu menyasarkan lebih ramai pelancong khususnya dari Timur Tengah dan China.

No Image Caption

“Jika tahun lepas, kita merekodkan kehadiran 6.54 juta pelancong di Selangor, kita target tahun ini mencecah 7 juta orang dengan memperbanyakkan tarikan di Anjung Utara dan Selatan Selangor.

“Selangor sudah ada pelancongan urban, selain taman tema di bandar besar. Tak mustahil, beberapa tahun akan datang, kita tampil dengan pelancongan kesihatan,” katanya.

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang