AGAK mencabar buat si ibu apabila si kecil enggan berpisah walaupun hanya ditinggalkan untuk tempoh yang singkat.

Apatah lagi, saat berkumpul dengan adik beradik di kampung sempena Aidilfitri, karenah anak yang meraung sekuat hati saat berpisah membuatkan si ibu terpaksa ‘tuang’ kerja di dapur.

Sebenarnya, separation anxiety tersebut boleh membuatkan si ibu tertekan apabila si anak tidak mahu didukung oleh pakcik makcik atau neneknya sendiri.

anak cranky clingy

Perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari di dalam Facebook perlu diberi perhatian.

Katanya, ibu bapa perlu ambil tahu mengenai situasi yang dialami si anak yang berusia enam bulan hingga tiga tahun.

Doktor pakar berkenaan mendedahkan 3C yang sering terjadi kepada anak kecil iaitu:
1. Crying.
2. Cranky.
3. Clingy.

anak cranky clingy

Bayangkan, si kecil menangis bagaikan kena dera dan apabila si ibu atau ayah muncul di depan mata, boleh pula tersenyum dan berhenti menangis pula.

Menurut Dr Ahmad Luqman, fasa tersebut adalah normal bagi kanak-kanak dalam usia berkenaan kerana si kecil masih belum memahami konsep ‘Object Permanence‘.

Baca juga Kenapa si anak susah nak dengar cakap mak ayah? Ini tip jadi ibu bapa yang awesome

“Pada dia, kalau parent tak ada depan mata, maksudnya memang tak ada! Hilang selama-lamanya.

anak cranky clingy

“Sebab itu mak ayah semua wajib tahu lima teknik untuk atasi masalah separation anxiety supaya kita semua tidak stress nanti bila fasa ini berlaku kat anak kita sendiri,” tulisnya.

Berikut lima tip yang dikongsikan:

1. Biasakan bercakap dengan anak apabila kita mahu ke mana-mana.

Iklan

anak cranky clingy
2. Untuk si kecil yang sudah pandai merangkak atau berjalan, cubalah bermain kejar-kejar sekerap mungkin.

3. Penting untuk para ibu bapa patuhi janji pada anak. Jika mahu pergi sekejap, pastikan betul-betul sekejap.

anak cranky clingy 4. Pastikan kesemua keperluan fisiologi anak mencukupi iaitu perut kenyang, lampin sudah ditukar baharu sebelum hantar ke pengasuh.

5. Ibu bapa perlu keraskan hati jika anak minta didukung dan maklum kepadanya ada kerja perlu dibuat.

Baca juga [VIDEO] Tip pijak rumput, ibu ayah perlu teknik ini jika anak sukar tidur malam

Iklan

Lama-kelamaan si kecil akan faham yang sebenarnya ibu bapa bukan mengabaikannya, tetapi perlu menyiapkan kerja seperti memasak, membasuh atau mengemas rumah.

anak cranky clingy

Buat para ibu dan ayah, boleh praktikkan ilmu berguna ini jika berdepan anak yang cranky dan clingy.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI