Teruna dan dara cari jodoh? Ini garis panduan sebenar taaruf dalam 'speed dating'

No Image Caption
A
A
A

JODOH tidak akan datang jika tidak berusaha mencari kan? Sudah menjadi fitrah manusia untuk hidup berpasangan dan berkahwin. Namun dalam berikhtiar mendapatkan jodoh, teruna dan dara perlu mengikut landasan yang betul mengikut syarak.

Mengulas isu 'speed dating', Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akhirnya mengeluarkan garis panduan buat anak muda berkaitan isu ini.

“Pemilihan pasangan dan proses perkenalan hendaklah selari dengan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

“Perkahwinan yang diberkati ALLAH SWT bukanlah semata-mata memenuhi segala rukun dan syarat akad nikah tetapi hendaklah dilakukan dengan cara yang terhormat bermula dari awal proses perkenalan sehingga waktu akad berdasarkan syariat Islam,” katanya.

No Image Caption

Dalam artikel terbaharu Irsyad Hukum siri ke-854: Garis panduan taaruf menurut Islam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkongsi garis panduan yang antara lain meletakkan wali atau mahram wanita tersebut bersama-sama ketika melakukan proses taaruf.

Hakikatnya ia bukan untuk 'seronok-seronok' sahaja. Taaruf perlu disertai niat untuk tujuan berkahwin dan bukan mencari teman berbual semata-mata selain perlu mengikut hukum asas pergaulan iaitu menutup aurat, tidak berdua-duaan, tidak melunakkan suara bagi wanita, tidak bersentuhan dan menjaga padangan masing-masing.

No Image Caption

Garis panduan dalam Islam berkaitan proses taaruf antara lelaki dan wanita seperti dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut:

1 – Berjumpa bersama wali atau mahram kepada wanita.

2 – Menggunakan orang tengah yang dipercayai dan diyakini mampu menjadi pemerhati yang terbaik mengikut landasan syariat.

3 – Menetapkan niat untuk tujuan berkahwin dan bukanlah mencari teman berbual sahaja.

4 – Tidak meneruskan perkenalan dengan cara berdua-duaan sekiranya tiada mahram yang meneman dan tiada sebarang urusan keperluan.

5 – Menutup aurat dengan sempurna ketika bertemu.

No Image Caption

6 – Menjaga adab serta menundukkan pandangan pada kadarnya ketika berurusan secara langsung.

7 – Golongan wanita tidak boleh menggunakan suara yang lunak dan manja ketika berkomunikasi dengan lelaki serta tidak menunjukkan reaksi dan lenggok badan yang boleh menimbulkan syahwat.

8 – Tidak bersentuhan antara lelaki dan perempuan.

Kata orang, berkahwin itu ibadah terpanjang. Buat pencari jodoh, buatlah pemilihan betul dengan meletakkan keutamaan pada perkara yang paling penting dan hak setiap manusia.

“Setiap individu berhak memilih pasangan hidup dalam membina rumah tangga dengan cara masing-masing.

“Fitrah manusia memiliki kecenderungan dalam memilih, namun pemilihan pasangan hendaklah selari dengan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

“Keutamaan dalam memilih hendaklah ditekankan pada kriteria beragama dan keperibadian yang baik bagi menjamin kebahagiaan hidup berumah tangga,” katanya.

No Image Caption

Baca juga: 8 hari nikah, wanita dicerai suami gara-gara pakaian terkena nasi, cara basuh beras berbeza

Baca juga: Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

Baca juga: Sweetnya! Tak pernah bercinta, hanya sekali lihat wajah bakal isteri, perkahwinan lelaki ini jadi perhatian warganet

Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW: “Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka peganglah dengan (wanita) yang mempunyai agama, nescaya kamu akan bahagia.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengingatkan umat Islam mengenai pesanan Rasulullah SAW berkaitan perkahwinan:

“Apabila datang kepada kamu seseorang yang kamu reda terhadap akhlak dan juga agamanya, maka kahwinkanlah dia (dengan anak-anak perempuan kamu). Sekiranya kamu tidak melakukannya, akan terjadilah fitnah di atas muka bumi dan juga kerosakan yang teruk.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sebagai kesimpulan katanya, dalam usaha mencari pasangan, seseorang Muslim hendaklah meletakkan ALLAH sebagai pelindung agar tidak terdedah dengan keseronokan dalam bersosial ketika taaruf.

“Hal ini kerana, perkahwinan yang diberkati bermula sebelum akad itu sendiri iaitu daripada kesungguhan seseorang menjaga dirinya daripada segala perbuatan yang dilarang oleh syarak,” katanya.

Terdahulu, metod perkenalan itu menjadi bualan ramai selepas susulan tular sebuah video memaparkan penganjuran speed dating di sebuah kafe di ibu negara dan disertai pemuda serta wanita yang mahu mencari pasangan hidup.

Ia popular di negara Barat itu menjadi kaedah kepada pasangan yang belum berkahwin mencari jodoh dengan mengadakan janji temu kononnya untuk berkenalan terlebih dulu bagi mencari keserasian.

Setiap wanita akan diberi masa untuk duduk berbual serta berkenalan bersama seorang lelaki dalam tempoh tertentu dan selepas tamat masa, peserta lelaki lain pula akan berkenalan dengan peserta wanita berkenaan sehingga mereka menemukan kesesuaian.

Hal itu sebelum ini menarik perhatian pendakwah terkenal termasuk Ustazah Asma' Harun, Ustaz Don Daniyal dan Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Mohd Noor.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang