SEBANYAK 16 stesen sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya digantung operasi selama tujuh hari akibat masalah teknikal. Ini bukan kali pertama LRT menghadapi masalah. Sebelum ini pun pernah berlaku gangguan namun tidak seteruk kali ini.

Ramai pengguna yang berulang alik ke pejabat menggunakan perkhidmatan tersebut setiap hari mengalami kesulitan. Ada yang terpaksa mencari alternatif lain sama ada menggunakan bas awam, memandu kenderaan sendiri atau mengeluarkan wang lebih untuk mendapatkan perkhidmatan e-hailing.

Baca juga: ‘Dah boleh masuk half-marathon.’- LRT tidak beroperasi, lelaki jalan kaki 26km balik rumah

Walaupun hanya tujuh hari tidak beroperasi keadaan ini cukup menyeksakan orang ramai untuk menghadapi situasi sukar tersebut. Keadaan trafik jalan raya juga menjadi sesak teruk kerana rata-rata mereka yang menggunakan perkhidmatan LRT terpaksa memandu ke pejabat. Keadaan ini tentunya menambah kos perbelanjaan pengguna melibatkan kos minyak petrol, tol dan bayaran tempat letak kereta.

Baca juga: Gangguan perkhidmatan LRT, 16 stesen tidak beroperasi seminggu, 5 info perlu tahu

Melihatkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna kesan daripada situasi tersebut, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) akan memberi pampasan kepada pengguna transit aliran ringan (LRT) yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan dengan melanjutkan tempoh sah laku pas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata lanjutan tempoh sah laku pas itu seperti My50, iaitu pas tanpa had untuk pengguna perkhidmatan Rapid KL, akan bergantung kepada pihak pengurusan Prasarana.

“Kami melihat tidak adil jika seminggu tidak boleh guna (LRT) tetapi tetap membayar. Tempoh sah laku akan dilanjutkan, berapa lama bergantung kepada pengurusan Prasarana.

“Saya telah dapat kepastian daripada Prasarana, itu yang akan dilakukan,” katanya dalam sidang media berhubung isu gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya, di sini hari ini.

Prasarana telah mengumumkan 16 stesen LRT dari Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula 9 November ekoran gangguan sistem.

Baca juga: [VIDEO] Pintu tren LRT terbuka ketika bergerak laju, penumpang cemas

Alternatif lain sepanjang tempoh tujuh hari 16 stesen LRT tidak beroperasi:

Iklan

– Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif menyediakan laluan khas bas GoKL sebagai alternatif kepada pengguna yang terjejas. Sebanyak enam bas disediakan melalui Pasar Seni ke Masjid Jamek dan KLCC. Kekerapan pula setiap 10 minit pada waktu puncak iaitu jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi dan 5.00 petang hingga 8.00 malam.

– Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menyediakan dua pilihan alternatif bagi pengguna pengangkutan awam ke pusat bandar. pengguna boleh menggunakan perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang dan perkhidmatan Skypark Link dari terminal Skypark di Subang.

“Perkhidmatan ini juga berhenti di stesen integrasi dengan Rapid KL iaitu Stesen Subang Jaya, Abdullah Hukum, KL Sentral, Kuala Lumpur, Bank Negara dan Putra.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang KTMB www.ktmb.com.my atau melalui aplikasi MyRailtime untuk maklumat lanjut berkenaan jadual waktu perkhidmatan KTM Komuter dan Skypark Link.

Iklan

Baca juga: LRT ‘bertembung’ insiden pertama tempoh 23 tahun. 47 parah, panel kaca pecah bertaburan

Sumber: BERNAMA, Sinar Harian 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi