Guna mop sahaja dengan 3 bahan mudah untuk bersihkan karpet. Ini teknik berkesan dan mudah yang tular di laman sosial
RUMAH yang bersih, kemas dan tersusun rapi memang kunci utama untuk kita mendapat ketenangan jiwa dan fikiran.
Jadi, tidak hairanlah ramai suri rumah atau kita sendiri akan gunakan pelbagai teknik untuk memastikan kediaman sentiasa tampil segar terutama pada hamparan karpet.
Ada yang terpaksa ‘bergolok-gadai’ dengan mengeluarkan wang membeli pelbagai jenis pewangi, sabun atau macam-macam lagi inovasi untuk membersihkan permaidani yang kadangkala bukan satu, malah berhelai-helai di rumah.
Namun, rasanya selepas ini, anda tidak perlu mengeluarkan duit terlalu banyak kerana perkongsian Syarifah Farhana Syed fadzil menerusi akaun Facebooknya memberi kita tip paling mudah lagi berkesan.
Baca juga Kaum wanita, jangan panik kalau suhu enjin naik masa tengah drive.. ikut tips ini
Tak perlu gunakan vakum, Syarifah Farhana mengusulkan kepada kita semua dengan hanya menggunakan mop sahaja!
Katanya, beliau pun baru tahu tentang cara berkenaan melalui seorang pembantu rumah yang membersihkan kediamannya sebelum ini.
“Pembantu itu kata kepada saya, karpet juga boleh guna mop kerana habuk dan kuman pasti ada walaupun selepas dibersihkan menggunakan vakum,” katanya.
Sejak itu, Syarifah Farhana menjadi lebih rajin apabila mengemop karpet seminggu sekali.
Mahu tahu caranya? Wanita tersebut hanya menggunakan tiga jenis bahan iaitu air panas, dua sudu besar garam dan satu penutup cecair Dettol. Bukan guna sabun mandian Dettol, tapi pencuci dettol tau!
Berikut merupakan cara-cara bancuhan yang diajar Syarifah Farhana dalam perkongsiannya itu:
i) Panaskan air di dalam periuk besar.
ii) Selepas mendidih, masukkan air tersebut ke dalam baldi mop secara berhati-hati.
iii) Kemudian, letak dua sudu besar garam dan satu penutup penuh Dettol ke dalam air panas itu.
iv) Masukkan mop ke dalam bancuhan tadi dan perah sehingga air tidak menitis lagi (Jangan perah menggunakan tangan).
v) Akhir sekali, tekan mop kuat-kuat pada karpet untuk hilangkan habuk dan kotoran yang ada.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Serentak dengan itu juga, beliau turut menitipkan pesanan penting untuk diingati.
Ungkapnya, sebaik-baiknya kita mengasingkan mop lantai dan juga mop karpet.
Diharapkan perkongsian kali ini dapat membantu suri rumah di luar sana! Selamat mencuba!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang