RANCANGAN Makanan Tambahan atau RMT adalah satun bentuk bantuan khusus yang disalurkan oleh kerajaan untuk murid melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Makanan tambahan itu diberikan kepada murid-murid sekolah rendah dari Tahun 2 hingga 6.

Ia terutamanya bagi murid luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bertujuan memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan.

Baru-baru ini tular di laman sosial sekeping foto yang memaparkan bungkusan nasi didakwa makanan yang diagihkan di bawah Rancangan Makanan Tambahan.

Baca juga: Pelik Murid Datang Sekolah Setiap Hari Tak Ikut Penggiliran, Masuk Hari Ketiga Baru Tahu Rupanya…

Kedit foto: Utusan Borneo

Menurut hantaran di Facebook tersebut, makanan tersebut telah dibawa pulang oleh seorang murid yang kemudian menyerahkan bungkusan nasi itu kepada ibunya.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah ketiadaan lauk dan sayur sebagai pelengkap sajian seimbang. Mutu sajian tersebut dipersoalkan ramai.

Gambar tular itu turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin. Berikut lima fakta mengenainya:

1. Datuk Dr Radzi berkata, kementerian tidak akan berkompromi dalam perkara yang melibatkan kebajikan pelajar.

2. “Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terlibat.

3. “KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid,” katanya.

Iklan

4. RMT mula dilaksanakan pada tahun 1979 bagi menyediakan makanan harian bagi pelajar daripada keluarga berpendatan rendah di sekolah.

5. Pada tahun 2020, ia telah ditambah baik dan mempunyai hidangan daripada lebih 20 menu yang disediakan oleh kantin sekolah, berdasarkan saranan daripada Kementerian Kesihatan.

Menerusi laman sesawang KPM kadar bantuan tersebut ialah RM2.50 seorang murid untuk 190 hari di Semenanjung.

Iklan

Manakala bagi Sarawak, Sabah dan Labuan, RM3.00 seorang murid untuk 190 hari.

Baca juga: Cikgu terima hadiah sayur, buah di majlis perpisahan, ramai tersentuh keikhlasan murid hargai guru

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Facebook Datuk Dr Radzi Jidin, Kementerian Pendidikan Malaysia