Harta peninggalan milik penuh anak lelaki, jangan abaikan hak anak yatim begitu berat hukumannya
Harta peninggalan milik penuh anak lelaki, jangan abaikan hak anak yatim begitu berat hukumannya
SERUAN untuk melindungi anak yatim dan hak mereka dalam Islam bukanlah suatu yang asing lagi.
Peringatan untuk mengiktiraf habuan faraid kepada anak yatim sangat diambil berat oleh Islam sehingga diingatkan dalam dua ayat penting sebelum perincian ayat pusaka dalam surah an-Nisa’.
Kedua-dua ayat tersebut sangat signifikan kerana menegaskan kepentingan pemberian bahagian atau hak anak yatim dan hukuman yang bakal dikenakan sekiranya berlaku penyelewengan terhadap harta mereka.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.”(Surah an-Nisa’, ayat 8)
Ayat ini mengingatkan supaya meraikan golongan anak kematian bapa dan kerabat yang miskin ketika agihan harta pusaka.
Kelompok itu disebut secara khusus kerana masih kanak-kanak menyebabkan sukar untuk mencampuri urusan orang dewasa, bahkan mereka sendiri kadangkala tidak terfikirkan musibah kematian keluarga.
Dalam ayat 10 surah sama pula, ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.”
Ayat ini dengan jelas mengingatkan semua orang agar tidak menzalimi anak yang kematian bapa atau ibu bapa dengan memakan harta mereka berdasarkan ancaman hukuman yang berat di akhirat kelak.
Ironinya, jika amanah yang dipertanggungjawab kepada pihak yang menjaga anak yatim dicabuli maka berlakulah pecah amanah.
Baca juga Sedekah paling afdal berilah kepada adik-beradik susah, paling tinggi kedudukan
Bapa saudara tiada hak
Misalan yang paling mudah adalah jika seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak lelaki yang masih kecil dan seorang saudara lelaki kandung.
Harta peninggalan lelaki tersebut akan diwarisi sepenuhnya oleh anak lelakinya sebagai waris ‘asabah dan tiada langsung hak saudara lelaki walaupun berpangkat bapa saudara (pak cik) kepada anak lelaki tersebut.
Sebagai bapa saudara yang amanah seharusnya bertanggungjawab menjaga anak buahnya yang menjadi yatim atas kematian bapa (saudaranya).
Namun berapa ramai yang amanah dengan melindungi dan menjaga anak yatim tersebut?
Menjadi tanggungjawab untuk setiap Muslim mengambil berat dan membela nasib anak-anak yatim terutama yang tinggal berhampiran dengan kejiranan mereka.
Perbezaan usia bukanlah syarat untuk menentukan seseorang itu sebagai penerima harta pusaka atau tidak.
Syarat faraid hanya melibatkan tiga perkara iaitu kematian pewaris, hidupnya waris dan mengetahui sebab hubungan serta tiada halangan pewarisan.
Justeru itu, anak yatim akan diambil kira sebagai waris walaupun usia mereka masih kecil.
Golongan tersebut bukan dianggap suatu penghalang untuk bersama-bersama dengan waris lain yang layak dan berhak untuk mendapat harta pusaka.
Namun keadaan anak yatim itu dilihat sebagai satu kekangan untuk mengurus harta dengan diri sendiri.
Mereka memerlukan pihak lain sama ada daripada kalangan waris atau orang luar untuk menjadi pengurus harta pusaka yang diperolehnya.
Baca juga Hidayah sebak terima hadiah potret keluarga, genap 3 tahun pemergian Abam Bocey
Tabung amanah keluarga
Keperluan kepada pentadbir yang amanah sangat penting agar harta pusaka diurus dengan baik di samping kebajikan anak yatim tidak terabai.
Pesanan kepada semua pentadbir untuk menjaga amanah ini disebut oleh ALLAH melalui firman-NYA dalam ayat kesembilan Surah an-Nisa’.
Ayat yang diturunkan sebelum perincian tentang agihan faraid kepada waris-waris yang berhak adalah sangat signifikan kerana menjadi panduan kepada pentadbir harta.
Mereka sentiasa diingatkan supaya senantiasa bertakwa dan takut kepada ALLAH kerana penyelewengan dan pengabaian berkemungkinan boleh terjadi jika tidak diurus dengan baik.
Mereka turut diperingatkan untuk berkomunikasi dengan baik dan benar tentang harta yang dijaganya.
Hal ini adalah demi memastikan generasi akan datang dapat meneruskan kelangsungan hidup di dunia.
Baca juga Ada orang kata saya tak sedih dengan kematian suami – Hidayah Abam
Sebagai pemegang amanah, jaga dan pelihara harta anak yatim dengan sebaiknya.
Saranan mewujudkan yayasan keluarga atau tabung amanah keluarga sangatlah penting demi menjaga harta pusaka yang disimpan dan ditangguhkan agihannya sehingga anak yatim dapat menguruskan harta dengan sendirinya.
Perlu diingat sehingga tempoh menunggu itu tiba, semua anak yatim turut memerlukan perbelanjaan untuk kelangsungan hidup yang terjamin. Sekali lagi beruntunglah anak yatim yang dilindungi oleh pemegang amanah yang amanah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang