Hati-hati! Tiada ‘Kategori 3’ diwujudkan bagi permohonan i-Sinar

A
A
A

UMUM sedia maklum, semalam kerajaan telah membuka permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi Kategori 2 kepada semua ahli yang terjejas pendapatan akibat penularan Covid-19.

Namun, kini dilihat ramai pihak tidak bertanggungjawab menunggu peluang untuk mengambil kesempatan atas kesulitan orang ramai!

Jika sebelum ini pihak terbabit menawarkan pelbagai aplikasi atas talian pengeluaran wang akaun KWSP, kali ini modusnya berbeza pula.

Hari ini, tular di laman sosial foto iklan Permohonan i-Sinar Kategori 3 dibuka pada 13 Januari 2020.

Hati-hati! Tiada ‘Kategori 3’ diwujudkan bagi permohonan i-Sinar

Bagaimanapun, KWSP tampil mengesahkan itu adalah PALSU! Berwaspada dengan informasi berkenaan.

KWSP juga mengingatkan ahlinya, Permohonan i-Sinar Kategori 3 tidak pernah wujud.

"Dapatkan informasi sahih berkenaan i-Sinar yang dikemas kini dari semasa ke semasa melalui i-Sinar Online dan media sosial rasmi KWSP.

AWAS! Itu semua palsu dan merupakan sindiket licik pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menipu dan mengaut keuntungan dengan cara mudah!

Artikel berkaitan: Tanpa dokumen sokongan, i-Sinar Kategori 2 tidak akan diproses

Artikel berkaitan: i-Sinar Kategori 1 sudah boleh mula mohon, hanya guna MyKad

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca