Hubungan putus di tengah jalan? Ini 5 cara cepat move on, healing dengan sihat & selamat!

KADANG kala, melepaskan itu jauh lebih baik daripada meneruskan hubungan yang sudah nampak retak.

Jangan tunggu sehingga memudaratkan diri, ada banyak cara move on daripada bekas pasangan yang anda boleh cuba.

Ingat! Jangan sesekali bertindak hilang pertimbangan diri hingga sanggup untuk melukakan, mencederakan atau menamatkan riwayat diri sendiri.

Bagaimanapun, tak usah juga terus meratap, menunggu atau merayu orang yang ingin pergi daripada anda.

Adalah lebih baik untuk anda mengambil langkah dengan membuat cara move on dari seseorang;

1. Belajar untuk terima kenyataan

Perkara paling penting dan utama, anda perlu belajar untuk terima kenyataan di mana insan yang anda sayang itu sudah tidak mahu atau boleh bersama dengan anda lagi atas sebab tertentu.

Di dalam agama Islam sendiri ada mengajarkan tentang konsep qada’ dan qadar yang mengatakan bahawa segala peristiwa hanya akan terjadi dan terlaksana jika ia telah diizinkan oleh Tuhan.

Sebaiknya, reda dengan ketentuan Ilahi dan terima kenyataan ini meski ia perlu tekad dan masa.

2. Fokus perkara lain

Kemudian, anda turut dinasihatkan untuk tidak terlalu memikirkan perkara yang lepas lalu fokus terhadap perkara lebih penting lain terutama di dalam aspek pekerjaan atau pembelajaran.

Meskipun perhubungan anda gagal di tengah jalan, itu tidak bermakna anda perlu berkabung dan bersedih kerana kehidupan masih perlu diteruskan. Jadikan ia permulaan hidup yang baru.

Baca juga Rahsia wanita cantik luar dan dalam tanpa perlu ke salun, Guna bahan alami di dapur. Mudah dan murah!

cantik

 

3. Cari hobi baru

Sehubungan di atas, carilah hobi baru yang boleh membuat anda leka serta lupa dengan perasaan duka lara akibat perpisahan kerana ia cuma akan memakan diri dalam jangka masa panjang.

Namun, hindari daripada segala aktiviti atau lokasi yang bermakna buat anda berdua ketika masih bersama satu ketika dahulu agar kalian tidak lagi teringat atau terhanyut di dalam kenangan.

4. Jangan lagi anda stalk si dia!

Cara move on yang seterusnya pula adalah anda harus menegah diri dan orang lain daripada terus ‘mengintai’ tentang kehidupan bekas pasangan tidak kira di alam nyata atau media sosial.

Atas alasan apa kalian terus stalk si dia yang tidak perlu perhatian anda lagi? Ya, tidak salah untuk kekal dalam fasa berkawan tetapi tidak perlu sehingga bermaksud memerhatikan pergerakan serta perkembangan mereka yang mungkin sudah bahagia tanpa anda.

Iklan

5. Dekatkan diri dengan pencipta

Terakhir, tiada siapa yang lebih baik untuk anda mengadu tentang perpisahan ini melainkan sang pencipta agung kita semua terutama jika kalian mungkin sedikit terbabas daripada landasan.

Ketahuilah bahawa ajal, maut serta jodoh ini merupakan ketentuan Ilahi yang terbaik buat semua walaupun individu merasakan bahawa ia tidak adil dek terkeliru dengan permainan perasaan.

Baca juga Jangan stres, jaga posisi tidur. Itu petua berguna untuk atasi masalah pedih ulu hati

cantik

Kena move on untuk hari esok yang lebih baik!

Sekiranya anda masih gagal menemukan cara move on yang terbaik buat diri, maka sila dapatkan bantuan dan rawatan daripada pakar khususnya sesi kaunseling atau terapi untuk healing.

Iklan

Dengan sokongan daripada keluarga dan sahabat juga, tahap kesihatan serta keselamatan individu akan sentiasa terjamin. Kadangkala, perpisahan itu bukan penamat tetapi suatu permulaan.

Jadi, jangan buat perkara yang bakal anda kesal kelak hanya kerana gagal dalam rumah tangga mahupun percintaan!

Baca juga Tiada yang ‘perfect’, usaha terima pasangan seadanya buat suami isteri bahagia

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!