Hujan lebat di Kuala Lumpur, pokok besar tumbang ragut satu nyawa, seorang cedera. 5 info perlu tahu

A
A
A

TIADA ribut, hanya hujan yang turun namun sebatang pokok bersaiz besar berdekatan Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur tumbang menyembah bumi.

Menerusi rakaman insiden yang tular di laman sosial, pokok berkenaan rebah merentangi jalan yang sarat dengan kenderaan dan rel laluan monorel berhampiran.

Berikut info berkaitan kejadian tersebut:

1-Menurut Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM Kuala Lumpur, PgKB I M. Fatta bin M. Amin, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan kecemasan pada jam 2.19 petang.

2-Pihaknya menghantar jentera ke tempat kejadian yang melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dan tiga yang lain iaitu BBP Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Sentul.

Baca juga: Meninggal ketika mencari rezeki, hujan lebat di ibu kota ragut nyawa

Baca juga: Video ratusan penunggang motosikal berhenti tular, pokok tumbang, bumbung tercabut di Pulau Pinang

3-Katanya lagi, insiden berkenaan melibatkan 17 buah kenderaan manakala landasan monorel pula terhalang dengan dahan-dahan pokok.

4-Lebih memilukan, peristiwa itu juga turut meragut nyawa. Daripada dua mangsa telah berjaya dikeluarkan, seorang lelaki Melayu berumur 47 tahun meninggal dunia.

5-Manakala mangsa kedua ialah lelaki Melayu berusia 26 tahun yang mengalami kecederaan serta telah diserahkan kepada pihak paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia yang berada di lokasi.

Baca juga: 135 tahun megah berdiri akhirnya rebah ke bumi, pokok ikon Taman Tasik Taiping tumbang dipukul ribut

Baca juga: 136 tahun berdiri gagah, pokok ikon Taman Tasik Taiping disahkan reput, berikut 7 info mengenainya

Terdahulu, MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, negara memasuki permulaan fasa peralihan monsun pada 29 Mac dan berterusan hingga Mei. Situasi tersebut membawa hujan lebat berserta angin kencang berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM) Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, masyarakat perlu lebih berwaspada kerana sebarang perubahan cuaca seperti hujan lebat dan ribut boleh membawa kepada kejadian banjir kilat dan tanah runtuh.

Berbeza dengan Monsun Timur Laut, perubahan cuaca semasa peralihan monsun berlaku di luar jangkaan.

Baca juga: 13 pokok tercantik di dunia termasuk yang terhasil daripada kesan ribut!

Baca juga: [VIDEO] Sanggup redah hujan lebat alihkan dahan pokok, tindakan pemuda ini dipuji warganet

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca