IMPIAN untuk memakai berbaju raya sedondon merah bata tidak kesampaian. Fatin Eiram Bariah Muhamad Sobri, 20, pergi buat selama-lamanya apabila gadis itu pergi buat selama-lamanya selepas disahkan mengalami keracunan gas monoksida.

Fatin Eiram Bariah atau mesra dipanggil Eiram, pelajar Diploma Pengajian Perniagaan, Politeknik Kota Bharu ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta Perodua Myvi di sebuah stesen minyak di bandar Kota Bharu bersama seorang rakan, Wan Muhamad Haris Aiman Muhamad, 20.

Ia hanya disedari pekerja stesen minyak berkenaan selepas kereta itu diparkir beberapa jam di situ.

Berikut kronologinya:

1.Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 10.17 malam.

2. Ibu, Rohana Ismail, 41, menerima berita berkenaan Eiram menerusi panggilan telefon mengenai kejadian itu pada jam 10.45 malam.

3.Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mangsa tidak sedarkan diri dalam kereta.

4.Allahyarham yang ditemui meninggal dunia dihantar ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk bedah siasat

5.Rohana menjelaskan Eiram dan Wan Muhamad Haris Aiman dalam perjalanan ke kedai kakak lelaki itu untuk membungkus barangan jualan dalam talian.

6. Arwah yang tinggal di rumah sewa berdekatan politeknik kali terakhir bertemu Rohana pada jam 6.45 pagi Ahad ketika mahu bertolak ke politeknik.

7-Kali terakhir mereka berbual melalui grup WhatsApp adalah pada jam 6.17 petang hari sama mengenai warna tema baju hari raya tahun depan. Difahamkan arwah bersetuju dengan warna merah bata.

Baca juga: Anak ‘tidur’ rupanya terhidu karbon monoksida dalam kereta, rupanya pengsan

“Dia sempat peluk dan mencium saya seperti biasa. Dia meminta wang belanja sebelum keluar rumah menaiki sebuah kereta Produa Myvi.” -Rohana

8-Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan Kes diklasifikasikan sebagai mengejut dan tiada unsur jenayah ke atas mangsa serta disahkan terhidu karbon monoksida.

9-Polis juga mengingatkan supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga mangsa.

10-Seorang lagi mangsa, Wan Muhamad Haris Aiman kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Karbon monoksida sangat bahaya disebabkan ciri-cirinya yang tidak berbau, tidak boleh dirasa serta tidak berwarna.

Sebenarnya semua pengguna kenderaan berisiko mengalami keracunan gas monoksida. Kebocoran gas itu tak hanya boleh berlaku pada kenderaan lama, malah pada kenderaan baharu!

Memetik Astro Awani, Naib Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Senator Datuk T. Mohan berkata syor segelintir pihak kononnya menurunkan cermin kenderaan dapat mengelak keracunan gas karbon monoksida juga tidak tepat.

Baca juga: Kronologi kejadian, bahaya tidur dalam kereta, remaja maut pendarahan paru-paru terhidu gas

Jangan memandu jika rabun malam, anda mungkin hidap 7 penyakit ini
Gambar fail.

a)Enjin kenderaan dihidupkan dalam jangka masa panjang tanpa disedari kebocoran gas boleh berlaku daripada ekzos dan masuk ke kabin penumpang.

b)Kebocoran gas itu boleh dikesan dengan tanda awal seperti perubahan suhu dalam kabin dan rasa loya. Jika ada tanda-tanda ini, tingkap perlu dibuka dengan segera selain penyaman udara dan enjin juga perlu dimatikan dengan segera.

c)Walau apa pun, pemandu diingatkan agar tidak tidur dalam kenderaan dengan enjin dihidupkan kerana ia boleh menyebabkan keracunan gas karbon monoksida.

Iklan

d)Pemandu yang mengantuk agar berhenti dan berehat di luar kenderaan atau di tempat sesuai dengan kitaran udara yang baik, selamat dan segar tanpa membahayakan diri sendiri.

e)Menurut Mayo Clinic, gejala lain termasuk sakit kepala, lemah, pening, loya atau muntah, sesak nafas, kebingungan dan penglihatan kabur.

Baca juga: Bahaya tidur dalam kereta, kebocoran ekzos mampu membunuh kurang dari sejam

f) Gas itu boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada organ tatkala beredar dalam darah, termasuk kerosakan otak dan jantung, serta maut.

 

g)Mereka yang mengalami keracunan ketika tidur adalah lebih berbahaya kerana pada ketika itu mereka mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom iaitu tidak menyedari sebarang perubahan yang berlaku dan akhirnya menyebabkan kematian.

Iklan

h) Dalam artikel ditulis Dr Greiner berkenaan keracunan karbon monoksida disebabkan kenderaan menyenaraikan beberapa punca iaitu:
-kenderaan tersebut mengalami masalah pada bahagian ekzos
-memandu kereta dengan bahagian bonet yang terbuka
-memandu kereta atau menggunakan kereta yang mana badan kereta tersebut berlubang
-memanaskan kereta di dalam garaj
-membiarkan enjin kereta dihidupkan dalam bangunan yang tertutup

i)Pengguna kenderaan juga perlu memastikan penyaman udara kenderaan diselenggara sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan bagi mengelak insiden tidak diingini.

j)Di rumah, pastikan semua tingkap dibuka ketika memasak selain memasang kipas ekzos di dapur atau di bangsal kereta (garaj) yang tertutup. Elakkan juga memanaskan enjin dengan asap ekzos dibebaskan dalam kawasan rumah kerana asap ekzos yang memenuhi ruang rumah mengandungi gas CO dan boleh menyebabkan keracunan terutama kepada kanak kanak kecil.

Sumber: Bernama, Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!